Saya nak tag pada azlina dan sara
First GIVEAWAY Novel
Saya nak tag pada azlina dan sara
Mencari Novel
Salam sejahtera..
Salam pagi Jumaat teman-teman..
Sejak saya suka baca novel, saya akan sentiasa menantikan kemunculan novel terbaru lebih2 lagi novel dari penulis yang kita suka..Novel dari penulis Norhayati Berahim antara yang paling saya nanti2kan..
Baru-baru ini novel terbarunya sudah diterbitkan bertajuk ..HUJAN PUN MENARI..Kerana peminat NB pun sangat ramai agak sukar untuk mencari novel terbaru dipasaran tatkala novel ini baru diterbitkan.
Pada awal bulan lalu saya sudah ke Giant Shah Alam untuk mencari novel tapi beberapa kedai disitu pun tidak terdapat novel terbaru NB..
Semalam sekali lagi saya mencari novel NB di Jusco Bukit Raja dan terdapat dua buah kedai ternama disitu pun tidak ada novel terbaru NB.. hah parah-parah.
Dalam perjalanan balik saya singgah di Giant Klang Sentral..hanya disatu kedai kecil saya jumpa novel terbaru NB ..Alhamdulillah dapat juga akhirnya..
Tu lah kalau dah suka..jiwa kacau..
Menang GA Kelly
Salam sejahtera ..
Pada 3hbOkt 2010 saya menyertai GA anjuran Kelly dari blog Kelly's life sempena ulangtahun perkahwinan beliau..Setiap kali menyertai GA anjuran rakan bloggers yang pasti saya datang untuk memeriahkan.
Pagi 4hbDis Kelly menelefon memberitahu yang saya memenangi GA tersebut...Rasa tentulah sangat gumbira dan sangat tidak sangka kerana inilah kali pertama saya memenangi hadiah dan telah saya terima pada 9hbDis yang lalu..
Hadiah yang Kelly beri memang sesuai dengan jiwa saya iaitu koleksi pinggan cawan lama..
Saya menerima 2pasang cawan bunga ros hitam kekuningan, set teko dan gelas seramik, sebiji pinggan hiasan bercorak cup kek, satu set lengkap cawan bunga carnation oren dan satu set lengkap cawan bunga biru..selepas ini saya perlu mencari penempatan baru untuk semua koleksi ini..
Terima kasih Kelly yang sangat bermurah hati semoga anda kekal bahagia sepanjang usia dan sentiasa dimurahkan rezeki..
Jumpa lagi...
Hai Nenek Hai Dina
Satu lagi koleksi roses
Assalamualaikum, bertemu kembali semoga teman-teman maya sihat dan ceria selalu.
Kali ini saya nak share antara set cawan yang saya ada.
Salah satu set cawan yang saya miliki ini dibeli secara online. Saya jatuh cinta pandang pertama bila melihat bunga rosenya yang cantik menghiasi set ini..
Walaupun begitu rasanya set ini bukan seiring dengan set kangkung atau yang sewaktu dengannya.. Mungkin set ini lahir tahun 70han, namun semakin lama semakin antik dan semakin sukar juga untuk dicari.
Set ini mengandungi satu pinggan besar, enam piring kueh, enam set cawan, teko, creamer dan sugar.
Sejak saya beli, set ini hanya duduk buat tayangan dalam almari aje sebab... sayaaaaang..
Ok jumpa lagi..
Kunjungan rakan Anak-Anak Jawa Malaysia
Salam hari minggu..
Hari ini saya menerima kunjungan rakan dari rakan Fb anak-anak jawa Malaysia yang diketuai oleh Puan Sue M.Arukin. Kunjungan ini telah merapatkan lagi tali siloturrahim, sebelum ini saya tidak pernah bersua hanya hai2 saja di Fb..Seperti juga dari rakan bloggers begitulah juga dari rakan fb yang akhirnya kita mendapat banyak menfaat sekiranya dibuat dengan niat yang baik..
Dah namanya kumpulan AJMAL kami hanya menggunakan bahasa jawa bila berbual, sangat seronok kerana banyak dailek jawa yang dikeluarkan. Puan Sue pula seorang penulis buku resepi masakan mengambil peluang mencari resepi makanan2 jawa.
Selepas tu saya bawa mereka melawat sawah padi...pada ketika ini sudah tiba waktu menuai..tenguk lah gelagat mak-mak dara ni...begitu teruja sekali..hehe
Dah penat pusing sawah kami singgah makan dan minum kat gerai hari minggu di Tg karang..menu pilihan hanyalah pecal, soto, sate kerang dan sate paru..
Sehingga bersua lagi terima kasih sudi singgah..
Peralatan Lama
Salam sejahtera
Tentu rakanmaya pernah tenguk atau jumpa peralatan dapur dulu2.. Kiranya peralatan lama ni dah jadi antik juga sekarang dan menjadi buruan pengemar untuk dijadikan hiasan disudut taman..
Kat setor rumah ada juga benda2 ni tapi saya belum ada seru nak buat hiasan..jadi saya tunjukan antara peralatan lama yang sudah dijadikan hiasan taman dirumah abang. Kakak ipar saya kak Mas sangat kreatif menghias laman kecilnya dengan berbagai barang lama..antaranya
Barang-barang ini susah nak jejak..ada dah terpendam dalam bumi sebab dah dibuang kat belakang rumah..Ye lah dulu2 kita tak fikir pun nilainya.
Ok jumpa lagi..
Set Kekwa Kuning
Salam sejahtera..
Kembali bertemu.
Selepas menghadiri majlis kenduri perkahwinan di Shah Alam Ahad lepas saya singgah Amcorfmall..meskipun hari beransur petang masih ramai lagi peminat antik mengunjungi gerai2 yang menjual banyak barang2 lama. Macam2 benda lama yang dijual kat sini..sebaiknya kita kena round dulu untuk servey harga sebab saya dapati harga barang tidak sama antara gerai.Ada penjual yang ramah dan ada yang masam malas nak cakap.
Pilihan saya mesti lah set teko dan cawan lama. Walaupun mulut kata tak nak beli ..hehe tapi kalau jumpa set lengkap tergoda juga.
Set kekwa kuning ni sangat mengugat perasaan, akhirnya sebelum balik saya kembali kegerai Boniey dan bermulalah sesi meminang.
Akhirnya set ini menjadi milikku...sukaaaaa. Set ini masih berkilat dengan rim emasnya yang bersinar cantik. Dulu saya ada teko bulat bunga kekwa kuning tapi saya dah barter dengan rakan bloggers, rupanya saya dapat lagi lengkap dengan cawannya..
Sahingga jumpa lagi terimakasih sudi singgah disini.
Benih Bunga Matahari
Salam sejahtera..
Bila saya buka blog pagi tadi saya tenguk N3 GA GA GA ulangtahun perkahwinan Kelly yang saya buat hanya dapat dilihat hanya bahagian akhir sahaja..Saya minta maaf sekiranya masalah ini dapat dilihat rakan bloggers tapi bila saya klik kat tajuk N3 penuh dapat dibuka..nape pulak tuu..
Saya ni pula tak pandai pasal pc nii..
Ok lah kita tinggalkan je masalah tu..
Bunga matahari yang saya tanam hari tu dah boleh buat benih..Kalau ada rakanmaya yang nak benih bunga matahari sila lah sms nama dan alamat kpd saya...
Patpat siku lipat, siapa cepat dia dapat..
Eh boleh kan kita pos guna sampul biasa je..
Jumpa lagi babaiii.
GA GA GA ulangtahun perkahwinan Kelly
Saya pasti dah jadi follower
GA ini akan bermula pada 3hb Oct dan akan berakhir pada 3hb Januari 2011
Sila tinggalkan komen berserta nama, alamat, email dan nombor telefon di N3 di blog Kelly
Jangan lupa nyatakan " Kenapa anda suka melawat Kelly's Life blog?"
Hadiah2 yang akan dimenangi seperti dibawah...wau antik2 tuu
Selamat berjaya dan terima kasih..
Cenderahati
Salam sejahtera rakan-rakan mayaku.
Beberapa hari lepas suami saya mendapat jemputan menghadiri program Pesta Mesra Pengguna di tempat kami.. Seronoknya bila balik dia membawa dua beg cenderahati yang mengandungi barang-barang keluaran syarikat Unilever Holding.
Wah...gumbiranya dapat barang percuma..setiap beg mengandungi barang-barang yang tertera diatas.
Hehe lama nak abis ni..Terima kasih Unilever..
Jumpa lagi dan terima kasih.
Bapa Dalam Kenangan
Salam sejahtera..
Pada hari Sabtu lepas keluarga saya mengadakan kenduri tahlil untuk arwah bapa Hj Munasir yang telah meninggal sebelum puasa lalu. Alhamdulillah majlils tahlil selamat diadakan selepas solat maghrib. Biasalah pada masyarakat jawa nasi ambeng akan dihidangkan tetapi sekarang banyak juga majlis tahlil sudah menggunakan sistem layan diri..Ape pun cara yang penting ialah kehendak dan keikhlasan tuan rumah..
Pada sebelah petang kami menyediakan jamuan untuk kawan2 dan jiran2..Saya minta maaf kerana tidak dapat menjemput rakan bloggers kerana majlis diadakan dirumah emak hanya rakan keluarga emak dan kawan sekerja adik sahaja yang dijemput..Alhamdulillah Azlina dan keluarga yang kami anggap seperti saudara pun dapat datang. Wak Wahid dan Aiman pun hadir pada majlils tahlil disebelah malam.
Mengimbau sedikit mengenai arwah..bapak ialah anak yatim yang datang dari Indonesia bersama ibunya ketika berusia 9tahun. Pada masa itu yatim dan miskin sangat dihina dan dipinggirkan..Sangat payah melalui kehidupan menjadi yatim, miskin dan terus miskin kasih sayang. Dengan kudratnya bapa bertekad akan mengubah diri agar keluarganya tidak dipandang hina dan tidak terus miskin. Bapa seorang yang sangat kuat bekerja, melakukan apa2 sahaja kerja kampung, setiap sen disimpan dan dilaburkan dengan membeli tanah2 kebun. Walaupun bila bapa sudah agak senang bapa masih lagi aktif bekerja sahingga bapa jatuh sakit.
Arwah tidak pernah sekalipun pulang ziarah ke Indonesia dan kami anak2nya tidak tahu langsung mengenai kehidupan warisnya disana. Pada bapa kehidupannya ialah disini.. tanah bertuah Malaysia. Empat orang anaknya.. Mohd Sunar, saya, Dewi Rahayu dan Dewi Dirwana kami yakin akan dapat meneruskan semangat bapa yang rajin, kuat bekerja dan sentiasa positif melalui kehidupan.
Walaupun semasa hayat, bapa jarang menunjukkan kasih sayang pada anak2 pastinya kehidupan keras yang dilalui menghalang untuk bapa berjiwa lembut..tetapi kami yakin segala kehidupan dan susahpayahnya ialah untuk anak2 dan isteri.. Kami sangat rindu dan kehilangan..AlFatihah.
Semoga diampunkan Allah dan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 beriman dan beramal soleh..Amin
Terima kasih dan jumpa lagi..
Kad Raya
Selamat Hari Raya AidilFitri
Tempahan sulam
Salam sejahtera..
Sukanya saya hari ni sebab hampir semua tempahan sulaman sudah siap, yang tinggal hanya baju keluarga terdekat sahaja. Bertahun saya mengambil tempahan sulaman, kali ini lah yang paling sedikit kerana saya berhenti mengambil tempahan sebaik arwah bapa jatuh sakit..Selepas bapa meninggal pun saya tidak lagi mengambil tempahan, yang ada hanya tempahan yang terdahulu..
Tahun ini tidak ramai yang minta sulam kerawang tebal..saya pun suka sesangat, ramai yang minta sulam ringkas dan sulam giler2 yang lebih senang prosesnya..
Ini antara sulaman yang saya buat untuk pelanggan saya..
Saya pasti rakan maya pun sudah bergantungan baju untuk beraya dan lepas ni pula kita sibuk untuk menyediakan kueh raya...Saya hmmm bertahun tunjuk je, tak rajin lah..Kita bagi sokongan pula pada kawan2 yng berbisnes kueh raya.
Ok jumpa lagi..
Bunga Hiasan
Menjelang Syawal yang akan menjelang tidak berapa lama lagi pastilah ibu2 dan bapa2 semakin sibuk membersih dan menghias rumah supaya nampak lebih segar dan cantik.
Jambangan bunga selalunya menjadi keutamaan dalam menghias rumah agar suasananya lebih meriah dan ceria..
Hehe saya ni memang suka sangat dengan gubahan bunga yang pelbagai. Walaupun begitu tidak semestinya bunga yang lama saya buang, yang masih elok saya basuh dan gubah semula atau bawa kekedai untuk digubah gaya yang lain dengan ditambah bunga yang baru..tapi kalau dah lama sangat2 tu saya buang je lah.



Antara bunga2 yang memikat mata dan hati
Ok lah kedai bunga yang saya suka kunjungi ialah kedai bunga Sasaran niaga diPekan Sasaran Jeram Kuala Selangor. Kedai ini diusahakan oleh Puan Zaini dan anak-anaknya. Saya dan adik(Dewi) kiranya macam pelanggan tetap kat situ kerana layanan yang memuaskan hati dan banyak bunga yang cantik dan berkualiti.
Saya lebih suka membeli awal sebabnya pengunjung tak ramai lagi dan semestinya ada masa nak melayan segala kehendak kita..

Puan Zaini dan anak sedang tekun menyiapkan gubahan
Rambang mata saya bila tenguk gubahan bunga2 ni..Adik saya kata "ambil je kak, takut malam tak lena tidor.." Ia ke..
Yang pastinya bila membeli mesti dah ada perancangan dimana nak diletakkan bunga2 ni semua.Ok sampai jumpa lagi..selamat mengemas dan selamat menghias..