De' manis

Salam sejahtera..
Sejak adik saya Dewi duduk dikampung, saya lah yang selalu menjadi driver bila dia nak mencari bahan-bahan kek..Antara kedai yang menjadi pilihannya ialah kedai De' Manis yang terletak di Jalan Badminton Shah Alam. Kenapa disini? Tentulah harga dan pilihan.. Awi seorang cikgu tapi minatnya  membuat kek dan masakan, telah menjadi satu lagi kerjaya dan dapat menambah pendapatan sampingan.. 
Mudahnya membuat kek dan biskut..sebab semua benda dah siap dijual kat kedai ni..



Kalau Awi dah masuk kedai ni..memang lamalah..macam-macam benda dia nak bawa balik.. Saya pulak akan duduk kat kedai mamak depan kedai tuu..minum-minum sambil tenguk orang lalu lalang..
Dulu-dulu saya minat juga buat kek ni tapi bila Awi dah ada saya jadi malas..biarlah saya dalam jahitan sulam, Awi dalam masakan dan seorang lagi adik saya Dir mahir jahit manik tapi kengkangan waktu, Dir belum dapat memberi tumpuan..
Jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Birthday Aci

Salam sejahtera..

Saat gembira bila saya dikurniakan cahayamata sulung pada 25hbfeb1983  diberi nama UMMI NASHRIKIN..dan panggilan manjanya.. aci.
Alhamdulillah aci sudah berkahwin dan membina keluarga bersama suami dengan seorang cahayamata.. membuatkan kehidupan keluarga kami semakin ceria..
Selamat ulangtahun aci..semoga terus mendapat rahmat Allah ..panjang umur, murah rezeki, dan beroleh kebahagiaan hidup dunia dan akhirat..Mak harap aci dapat menjadi anak yang solehah, isteri yang taat pd suami dan ibu yang dapat mendidik dan menyayangi anak dan keluarga..

 Dina..mintak la adik kat mama ngan abah
Jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Almari Lama 2

Salam sejahtera..
Lagi satu almari lama yang sudah dibaik pulih..Memang betul laa, barang lama kalau dimake up semula.. lagi cantik..hehe macam orang juga kee 
orang lama macam saya nii macam mana nak hilangkan kedut dan segala kekotoran kat muka..
jom kita tenguk almari lama..




Sebelum ni, almari ni banyak yang rosak dimakan ulat kayu dan kayu2 kat depan tu pun dah hilang..warna pun dah pudar..terlupa nak ambil gambar sebelum di baikki.
Jumpa lagi..babai.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jumpa rakan blog

Salam sejahtera.
Tengah hari tadi..saya menghantar adik saya Dewi ke LHDN(Klang) lepas tu saya ke Shah Alam untuk bertemu dengan WANI..
Beberapa kali buat temu janji dengan wani barulah kali ini dapat direalisasikan..Kecil molek dan amat manis orangnya, hanya sempat berbual ditempat letak kereta dalam cuaca petang yang panas..maklum waktu kerja


Tujuan saya jumpa dengan wani kerana nak menyerahkan beberapa biji labusayung lama untuk di FA kan.
Tak berani saya nak pos kepada pelukis FA(takut pecah)..lebih selamat hantar sendiri lagi pun wani duduk di Klang, agak dekat la dengan tempat saya..

Sangat lucunya bila saya nak jumpa wani ditempat kerjanya..saya tidak ikut peraturan.  Saya tidak berhenti di pos pengawal untuk mengambil pas pelawat dan kemudian pandai2 je saya parking di tempat VIP..Haha nasib baik saya tak kena saman dengan abang2 polis kat situ..
Tunggu N3 FA labusayung bila dah siap nanti..
Jumpa lagi

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ben Ashaari Blog

SEGMEN BLOGGER PANAS : PUNYAI 1000-1500 FOLLOWER
 

 Jom join segmen dengan Ben Ashaari yang sangat terkenal didunia blogger..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Almari Lama

Salam sejahtera..
Dirumah saya ni ada beberapa buah almari lama kepunyaan ibu mertua..almari ni banyak yang uzur kerana dah dimakan ulat kayu, pecah cerminnya atau patah para kayunya. Almari2 ini  diletak di stor dan mesti segala benda lama disumbatkan kat situ.
Melihat ramai bloggers mencari  almari2 lama ini saya pun terpanggil untuk membaikpulih almari yang sedia ada..tapi bukan saya yang buat kerja2 tu hehe, saya angkut la ke tempat tukang kayu yang berdekatan..
Hari ini saya nak berkongsi salah satu almari lama yang sudah dimake over..


Sebelah kiri tu almari lama yang sudah buruk tetapi saya guna juga tuk menyimpan barang2 dan sebelah kanan sesudah di baikpulih..

Bila dah cantik saya jemputlah segala kaum kerabat kangkung untuk bersemayam kat sini..cuma cara letak macam kaku je..biar lah dulu..
Kat rumah2 kampung banyak almari2 lama ni terbiar, dan sekarang dah mula abang2 banggali bertanya kat makcik2.."ada  lemari lama ka makcik"..wah dia orang dah nampak itu...
Jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GA nita- past times collectibles

Salam sejahtera..

Wah ada GA lagi dari nita past times collectibles..Saya nak turut sama dan menjawab semua soalan yang diberikan..jom ramai-ramai kita memeriahkan..

Syarat-syarat dan soalannya adalah seperti bawah ni :

1. Jadi follower blog saya
sedia..

2. Link kan blog saya dlm blog list anda
 dah lama saya link dengan blog Nita

3. buat N3 GA ni dalam blog anda
siap..

4. Sejak bila mula minat PML ( pinggan mangkuk lama )?
tahun 2000

5. Apakah koleksi PML anda yang pertama?
set cawan dan teko aladin kangkung

6. Pada pendapat anda, antara koleksi berikut, yang mana paling banyak peminat;
a) Koleksi Bunga Kangkung

Tarikh tutup GA ini ialah pada 22/2/2011
So jom la kita semua join

Hadiah-hadiah yang  menanti kita semua yang join GA Nita ni..


TEMPAT 1 - 1 SET TRIO ROYAL ALBERT PRELUDE


TEMPAT KE 2 - DECO PLATE ROSES BY PRISTINE




TEMPAT KE 3 - 1 SET CAWAN KOPI JOHNSONS BROS ETERNAL BEAU

jom join ramai-ramai..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy birthday SARA

Salam sejahtera



Pada hari sabtu 12feb adalah hari ulangtahun anak saya sara yang ke21..terasa cepatnya masa berlalu dah menginjak usia tapi saya masih merasa sara anak kecil yang berusia belasan tahun lagi..kerana sifatnya yang suka  bermanja dan sangat disenangi terutama sepupu2nya..
Kini sara sudah berada di sem 5 UITM Arau.  Sara... Tetapkan cita2 dan gapailah impianmu.
Mama doakan sara dipanjangkan usia, murah rezeki, akan terus cemerlang dalam akademik, menjadi anak yang membahagiakan ibubapa dan jadilah warga yang dapat menyumbang kepada kemajuan bangsa agama dan negara..


Sempena cuti CNY yang baru lalu sempatlah saya buatkan majlis kecil untuk sara..
Sara..mama sangat bangga dengan segala kelebihan dan menerima segala kekurangan sara.
Kasih sayang dari mama..love u selamanya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keluwih



Salam sejahtera dan bertemu lagi..
Pernah tak dengar pokok keluwih. Saya tak tahu nama lain pokok ini..mungkin ada nama berbeza ditempat lain.
Dulu pokok ini mudah didapati ditempat saya,  tapi peredaran masa pokok ini semakin pupus.  Pokoknya besar, tinggi  berdaun lebar dan berbuah lebat. Ia sakan-akan pokok sukun, cuma buah sukun biasanya akan dibuat kueh tetapi buah keluwih untuk masakan.
Buah keluwih ini sedap dimasak lemak cili api dan prosesnya samalah seperti masak lemak nangka muda.
Buah keluwih yag terlebih tua pula, ambil bijinya direbus..memang sedap dimakan.
Kerana  biasa makan masakan ini sejak kecil, saya sangat menyukainya tetapi budak-budak sekarang akan cakap.."sayur ape tu ma..boleh makan ke"
Jumpa lagi..
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Koleksi Claytan Biru

Salam sejahtera..

Bermula dari koleksi biru claytan dari pasangan EG saya Azzah08.. saya cuba menambah kaum kerabatnya agar lebih meriah.. 
Akhirnya saya memilikki set teko, cawan, piring kueh dan mangkuk bubur..Lagi gembira bila seorang rakan blog menghadiahkan pinggan bujurnya kepada saya.



Cantiknya sibiru.. berbunga terang dan ada gambar pemandangan

Jutaan terima kasih kepada rakan blog dan rakan fb yang dapat memenuhi impian saya agar set ini lengkap dan meriah..
Sahingga jumpa lagi..ba bai

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dari Kerana Mata

Salam sejahtera..

Jom layan novel terbaru Norhayati Berahim bertajuk Dari Kerana Mata..
Tetiba dapat call dari adik.."kak..nak tak novel baru NB"
Wah bagusnya bila mereka dah tahu hobi akaknya.. 'Terimakasih awik'.
Kami mempunyai beberapa minat yang sama, jadi sape yang jumpa  kena belikan dulu lah..


Selamat membaca..
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GIVEAWAY - jom join..

Salam sejahtera..

N3 hari ini saya nak sama2 memeriahkan  GA dari nannie passion's sempena dua tahun usia blognya..
Syarat-syarat penyertaan adalah :

(1) Terbuka pada semua follower , jom join...
(2) Sudi la buat entri GA saya ini dan linkkan blog anda.
(3) Tinggalkan jejak di Post A comment dan tinggalkan email atau link blog anda ya , thanks.
(4) Terbuka kepada sahabat-sahabat beralamat di Malaysia sahaja ye (Postage purposes).

 Nannie sediakan 4 hadiah untuk GA ini yang akan  dicabut undi pada hari Jumaat ni ( 11/2/11) 
 Selamat mencuba dan semoga berjaya....

Hadiah set A ialah 2 frame dengan 2 candle stand


Hadiah B: kain 100% cotton berukuran 4.5 meter


Hadiah C: kain 100% cotton berukuran 3 meter dan 1 helai tuala cute bear..


Hadiah D: kain 100% cotton berukuran 3 meter dan sehelai tuala cute bear

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kemas rumah pula

Salam Sejahtera..
Apa khabar semua..Harapnya cuti panjang sempena CNY membawa kegembiraan.. ramai yang balik kampung dan banyak juga kenduri perkahwinan yang perlu dihadiri..jalanraya masa cam ni memang sesak..
Alhamdulillah anak-anak saya pun balik..riuh lah sekejap dengan anak cucu dan anak-anak buah..
Tapi sekarang semuanya dah balik ketempat masing-masing..



Bila semua dah balik tugas emaknya pula berkemas...menyapu, membasuh dan yang sewaktu dengannya lah..
Rehat sekejap jenguk blog lepas ni sambung kemas lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menunggu




Salam sejahtera
Cuti-cuti sempena CNY..ramai yang balik kampung..seronoknya bila anak-anak dan kaum kerabat dapat pulang kekampung..
Saya ni memang duduk kat kampung, rumah keluarga pun kat kampung juga..tak kemana lah saya  hanya menyambut sahaja. Sara..anak kedua saya sudah balik awal2 lagi sejak seminggu yang lalu sebab cuti pertengahan sem'.

Hari ini saya masih menunggu anak sulung menantu dan cucu yang katanya akan balik hari ini.. Hai tak sabar nak memeluk cucu kesayangan..
Kerana banyak hal yang perlu dibuat, saya tak dapat keKuantan walaupun perasaan mengebu rindu dan kadang2 merembis air mata mengenangkan insan2 yang dirindui.. 

Seisi rumah tak sabar nak main dengan Dina..semuga selamat perjalanan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GA Aida Alkesah

Salam sejahtera.
Happy CNY dan selamat bercuti..
Kali ini saya nak join Ga yang dianjurkan dari blog Alkesah sempena cuti tahun baru Cina..jom la kita sama2 join boleh klik di sini
Syarat penyertaan..
(1) Mestilah jadi follower aida dulu ye ( Adil buat yang sediaada )
(2) Entri GA ini dan linkkan blog anda..
(3) Tinggalkan jejak di Post A comment..
(4) Terbuka kepada kengkawan beralamat di Malaysia sahaja ye (Postage purposes).
Semoga ada tuah !!

HADIAH PERTAMA- set makan Indian Tree Wedgewood tureen beserta 5 mangkuk mungkum

HADIAH KEDUA- Sakura Chinese teaset untuk 6 beserta sekeping piring

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS