Hai Nenek Hai Dina



Salam sejahtera rakan bloggers,
Cuti sekolah yang baru bermula mesti banyak aktiviti hunting2.. kenduri kendara dan melayan anak2 pula sudah menjadi kebiasaan.. kalau mendapat pasangan yang sehobi semuanya boleh dilakukan serentak..hmm bestnya kalau saya dalam situasi begitu..hehe




Cuti sekolah kali ini cucu saya Dina berada dikampung, sebab pengasuhnya bercuti..
Seronok melayan kerenah Dina..baru nak pandai bercakap dan semua benda Dina nak tahu..
Awal2 ni saya memang kelamkabut dan rasa penat tapi sekarang dah ok,
saya dah boleh on komputer dan susun semula jadual harian.
Tempahan sulaman pula saya tutup sahingga akhir tahun sebab nak puas layan Dina.




Walaupun Dina dah biasa dengan suasana dalaman rumah tapi Dina tetap nak usik hobi neneknya, tak boleh leka sebab Dina pun suka dengan antik2 nenek.. Dina juga suka menari dan menyanyi..


Mudah menjaga Dina sebab dia suka berkawan dan tidak takut pada suasana baru.. mungkin dah biasa bersama pengasuhnya..
Itulah saya sekarang hehe sibuk dengan cucu yang sorang nii tapi saya masih skodeng blog rakan2 semua.. sesekali intai blog2 jualan..window shopping je..
Ok lah semoga tidak jemu singgah disini dan terima kasih.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Satu lagi koleksi roses

Assalamualaikum, bertemu kembali semoga teman-teman maya sihat dan ceria selalu.
Kali ini saya nak share antara set cawan yang saya ada.
Salah satu set cawan yang saya miliki ini dibeli secara online. Saya jatuh cinta pandang pertama bila melihat bunga rosenya yang cantik menghiasi set ini..



Walaupun begitu rasanya set ini bukan seiring dengan set kangkung atau yang sewaktu dengannya.. Mungkin set ini lahir tahun 70han, namun semakin lama semakin antik dan semakin sukar juga untuk dicari.
Set ini mengandungi satu pinggan besar, enam piring kueh, enam set cawan, teko, creamer dan sugar.
Sejak saya beli, set ini hanya duduk buat tayangan dalam almari aje sebab... sayaaaaang..
Ok jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS