perjalanan 1




Salam Sejahtera..
Pagi ni saya akan ke Klang Central menjemput anak saya SARA yang akan memulakan cuti sem' UITM Arau hari ini.. Biasanya bas  akan sampai  pada pukul 5.30pagi..jadi saya akan bertolak dari rumah lebih kurang pukul 4.00pagi..Selalunya suami ku yang akan menjemput tapi kali ini huuhu kena pula giliran saya..
Kesian Sara, kali ini  mama tak dapat jemput Sara kat Perlis kerana kesibukan jadual, terpaksalah Sara balik naik bas dan segala barang-barangnya ditumpangkan dirumah kawannya di Perl;is..Sara akan cuti 'sem selama sebulan sebelum kembali menyambung pengajian sem akhir pada bulan jun nanti..Insyallah Jun nanti mama hantar Sara balik perlis yee..
Sara  kena balik pagi ini sebab nak minta dia temankan neneknya kat rumah..suami saya berkursus di Melaka dari hari Jumaat sahingga kehari Ahad..Lepas  ambil Sara nanti saya bersama  adik akan ke rumah abang di Sri Gombak dan kemudian meneruskan perjalanan ke Johor Bahru kerana meraikan walimahtul urus dirumah pakcik yang berlangsung pada hari Ahad 1hbmei ...waaaa jauhnya perjalanan ku..semuanya cantik dalam rancangan, saya berdoa perjalanan kami di lindungi Allah dan mendapat keberkatan memanjangkan siloturrahim..
Siapakan rakan-rakan blog ku warga Johor Bahru yang menantiku..ramai rasa yang mengenali tapi tuntutan masa amat sukar untuk bersua..walaupun sudah beberapakali saya berkunjung ke Johor Bahru tapi masih gagal untuk menemui rakan blog..Semuanya dalam perancangan Allah..Semoga rezeki memihak kepada kami nanti..Insyaallah..
Ok..jumpa lagi..

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bunga laman

Salam sejahtera..
Pagi Sabtu saya melayan pokok bunga kat laman..Seronok melihat bunga hidup subur dan mengeluarkan bunga..  Antara pokok-pokok  yang sedang berbunga


Memperuntukkan sedikit masa untuk pokok bunga akan mendapat hasil yang mendamaikan mata dan hati..
Jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sehobi PML

Salam sejahtera..
Saya gembira bila kakak sepupu yang berjiran dengan saya mula meminati hobi  ini..Dulu-dulu bila saya tengah gila dengan hobi  pml  Kak Mar tidak ambil indah, tapi sekarang  dengan bantuan anak-anaknya Kak Mar sudah pun mengumpul beberapa set pml..Walaupun masih belum lengkap tapi saya sangat gembira dengan hobi baru Kak Mar, dapatlah saya menjamu mata dengan koleksinya..
Bila kami berjumpa adalah bahan nak citcat mengenai pml.. kat mana mencari, dan  membeli.. seronok ada kawan sebelah rumah sama-sama berkongsi hobi dan berkongsi cerita..
Jom tenguk koleksi Kak Mar..








 Moga2 koleksi Kak mar akan terus bertambah meriah..
Jumpa lagi .. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yang Ku Sayang Ku Rindu

Salam sejahtera..


  Selama melayari kehidupan bersama suami yang menghampiri 30tahun usianya, saya sangat bersyukur dikurniakan Allah kehidupan sederhana yang aman dan damai..Kami dinikahkan pada tahun 1981 dengan doa restu kedua ibu bapa dan kaum keluarga..

Melayari perkahwinan,bersama suami Adnan Ramlan, sangat bersyukur suami tidak banyak cakap dan kerenah, seorang yang rajin bekerja dan sentiasa memberi dorongan kepada saya..Kami dikurniakan tiga orang cahaya mata pertama Ummi Nashrikin, kedua Sara Yasmin dan ketiga Allahyarham A.Zakwan..Walaupun anak lelaki  saya telah menghadap Ilahi terlebih dulu , kenangan  bersamanya tidak pernah hilang dan rasa rindu tidak luput dari ingatan.. 

Alhamdulillah Ummi sudah berkahwin dengan Nasrul Hakim dan saya sudah mendapat seorang cucu perempuan bernama Khairin Meadyna..Ummi sedang membina keluarga dan kerjaya dan sekarang menetap di Kuantan..
Sara pula masih belajar di Uitm Arau Sem5..Ini tahun akhir dia di Arau ..harap bila sambung pengajian nanti dapat pula kat Shah Alam.. semoga Sara dapat mengapai cita2nya dan  impian saya satu ketika nanti anak-anak akan menetap di Selangor..dekat-dekat dengan kami..
Dengan segala ujian dan dugaan selama melayari kehidupan berkeluarga, saya berdoa agar keluarga kami sentiasa dalam perlindungan ketenangan dan keberkatan..Syukur pada Mu Ya Allah kami masih ada anak cucu pengubat rindu, keluarga yang menyayangi dan peliharalah perkongsian hidup ini berkekalan hingga ke akhirat ..amin



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rak dan Cottage

Salam sejahtera
Sejak mengenali dan mengintai blog deko,  banyak membantu saya untuk menghias rumah..kalau rumah tidak dihias nampak tak bermaya pula..Saya hanya menghias menggunakan barang murah je..sesuai la dengan orang kampung dan rumah kampung..
Selain menggunakan barang lama yang dimake up semula saya menggunakan cottage2 hiasan yang sangat cantik buatannya..Bermula dari sebiji cottage pemberian Azlina Manjung, saya menambah lagi supaya lebih meriah.. 



Cottage2 ini saya letak di rak yang saya tempah dari Azlina..Banyak bentuk rak boleh anda tempah melaluinya tapi sekarang ni tempahan ditutup sementara waktu.."Ina..jangan lama sangat tutup tempahan"
Rak kayu ini saya hias menggunakan cara dekopage dan saya memilih bunga matahari sebagai hiasannya.
Ok lah jumpa lagi..

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GA dari Azlina

Salam Sejahtera dan bertemu lagi..
Jom sertai GA dari Terimalah Aku Seadanya dan blog baru nya Di Sebalik Rahsia Hati ..
Azlina sangat kreatif dalam hiasan englishnya dan seorang yang tidak kedekut ilmu..melaluinya lah saya bertanya dan mempelajari seni decopage..




Tarikh penyertaan dari 6/4/2011 sahingga 1/5/2011..
Semoga ada rezeki..Amin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lampu gaselin

Salam sejahtera teman-teman bloggers..
Dulu-dulu masa belum ada letrik, lampu gaselin atau lampu minyak tanah memang sangat berjasa. Dikampung terutamanya yang belum ada bekalan letrik lampu ini lah yang diguna untuk menerangi kegelapan malam.  Namun peredaran masa dan pembangunan sudah sampai lampu2 ini diletak disetor2 dibiarkan uzur dan lepas tu mula la dijual kat pengutip barang lusuh..alahai sayangnye..


Seperti biasa kita kitar semula benda lama..Keluarga saya ada 2biji lampu lama ni.. saya gunakan sebagai lampu hiasan..lampu ini saya biarkan tanpa make up, bila dah dipasang mentol baru tetamu perasan yang ia menggunakan eletrik..Lampu ini saya letak di rumah dapur..


Yang ni pula saya dah make upkan..bagi bedak putih lepas tu hias dengan decal..Lampu ni saya gantung kat luar.. berhadapan pintu masuk.  Cantik tak




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pusat Komuniti Perladangan Pintar

Salam sejahtera..
Sebuah pusat ICT telah didirikan di Blok J Sawah Sempadan Tg Karang..Pusat ini  adalah satu2nya didirikan di Malaysia telah dibiayai oleh bahagian ICT Kementerian Sains & Inovasi dan dibangunkan oleh Laboratori Teknologi Perladangan Pintar Institut Teknoloji Maju UPM.


 UPM banyak mengadakan kajian pertanian  di sawah sempadan dan melibatkan ramai pesawah..Selain digunakan untuk kemudahan UPM pusat komuniti ini juga digunakan untuk  kemudahan  pelajar2 di sekitar sawah sempadan .Alangkah mudahnya pelajar sekarang kan..kalau tidak mereka terpaksa ke pekan Tg Karang yang agak jauh juga..Harap lah pelajar2 jadikan pusat  ini untuk mencari ilmu pengetahuan.
Sebagai warga disini saya sangat bangga dengan   pusat komuniti ini.yang memberi kemudahan ict  kepada seluruh warga sawah sempadan..
 Jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wild Rose lagi

Salam sejahtera..
Pagi tadi saya menerima bungkusan yang didalamnya mengandungi sebiji teko wild rose bentok telor..
Walaupun saya sudah ada tiga biji teko bunga wild rose tapi bila berpeluang untuk memilikki lagi tentulah  saya tidak lepaskan peluang sebab suka sangat tenguk bunga dan bentuknya..

..

Empat biji teko wild rose yang sedia berposing...Cantik kann.


Dan saya kongsikan sekali family wildrose yang menemani teko-teko ini..
 Semoga ceria dihujung minggu danJumpa lagi ..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS