Salam sejahtera teman-teman maya , harapan saya kelian sihat dan ceria selalu menjalani aktiviti seharian..
Ada beberapa gambar cawan lama yang saya ambil masih tersimpan di pc.. apa kata kita layan gambar ini dulu.



Set bunga sabun ini dah lama ada dalam koleksi saya, mula-mula tu ada enam biji cawan, lepas tu jumpa pula bekas habuk rokok..walaupun tiada dalam list pencarian, tapi dah jumpa tu saya kutip lah juga.



Bekas creamer pula atas pertolongan jejaka malaya kita, adik ezany..terima kasih zany sebab mendulukan akk ye.. Sangat cantik creamer ni tambah lagi kalau ada sugar bowl dan tentulah tekonya..huhuhu kat mane lah nak cari, tolong-tolong...

Kepada teman-teman yang sudi singgah, diucapkan terima kasih..bye

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Birthday girl

Salam sejahtera teman-teman yang sentiasa diingati..
Sekadar ingin berkongsi rasa bahagia pada majlis kecil untuk sicilik.
Genap setahun 16hbmei saya menerima seorang ahli dalam keluarga ..cucu kesayangan Khairin meadyna, menjadi kesayangan dan harapan semoga membesar menjadi anak yang solehah dipanjangkan usia dimurahkan rezeki dan dapat berbakti kepada keluarga dan negaranya..


Neny abadikan untuk Dina


Jumpa lagi...bye.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Set-Set Oval

Salam sejahtera dan bertemu kembali di ruangan ini,
Rindunya saya dengan celoteh teman-teman antik.. rindunya dengan N3 antik teko, cawan dan pinggan lama.. harap lepas ni meriah la kembali ekk.
Ada beberapa set oval dalam koleksi saya yang boleh saya kongsi kan untuk tatapan, antaranya

Beberapa set oval ni banyak saya dah masukkan dalam N3 sebelum ini tapi bersama set cawan..Siaran ulangan lah juga ye.
Ok setakat ini dulu jumpa lagi..bye

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Award Hari Ibu

Salam sejahtera teman-teman mayaku.
Selamat hari ibu buat teman-teman semua. Jutaan terima kasih kepada teman-teman yang mengingati dan memberi award yang cantik untuk saya jadikan kenangan persahabatan.
Saya baru balik dari perlis kerana mengambil anak cuti sem..lega kerana dah sampai rumah dan boleh duduk depan pc dan boleh ambil award2 yang cantik.

Award dari azah KK


Award dari shima(qasih creation)


Award dari Inna samar

Ok jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sejenak Di Har Home Deco

Selamat bertemu kembali temanmaya ku,
Minggu ini banyak perkara yang saya lalui tanpa dirancang..Saya ke kuantan kerana menziarah cucu yang demam, hmm itulah bila dah bercucu.. memudahkan kerana adanya perkhidmatan bas express dari klang ke kuantan dan pula mendapat izin suami, rasa dekat pula kuantan ni..hehe

Sempat la juga anak menghantar saya kerumah Har dari Har Home Deco..Dari antik ke home deco, dari halaman sahingga kedapur sarat dengan hiasan. Cantik sangat susun aturnya. Jakun saya sebab kerastangan saya nak buat deco cam ni..



Ini antara yang sempat yang saya rakamkan.. selepas tu acara shopping..sikit2 je.. hehe.
Ok jom layan..bye


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Award sejambak roses


Salam sejahtera semua
Terima kasih kepada izam dari jaescollection.blogspot kerana menghulurkan beautiful bonquet of roses sebagai tanda persahabatan kepada saya. Cantiknya ros ni menghiasi rumahku.. Saya sangat menghargai semoga persahabatan akan kekal terjalin. Sekali lagi terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS