Jalan-Jalan Ke Bandong

Salam sejahtera.
Awal January lalu saya mengikut kawan-kawan jalan ke Bandong..Saje nak tenguk tempat dan budaya disana pulak, lebih-lebih lagi kawan selalu cerita shooping kat Bandong menyeronokan..
Rombongan kami terbang dengan Air Asia..selama 5hari 4malam..
Saya bawa sekali emak buat kawan..sebab suamiku pasti tak suka acara shooping.. hihi
Pertama kali memegang duit Indonesia..waa jutawan saya..sambil membeli saya memegang  sifir duit malaysia..
Kain baju dan barang  memang murah kalau rajin tawar menawar.. 
Paling saya suka jus alpokat..teringin sangat nak minum bila saya membaca  novel NB ada mengisahkan sedapnya jus alpokat ni..hihi


Saya dan emak

Alat penimbang lama ni masih digunakan lagi

Tapai ubinya dijual panjang gini..

buah labu kuning
Buah Alpokat sedap dibuat jus

geram tenguk buah dan sayur segar dijual dijalan menuju gunung tangkuban perahu
antara ahli rombongan ke bandong
Tak dapat nak ambil banyak gambar kerana semuanya sibuk shooping jee..
Ada rezeki dapat tambang murah boleh laa kesana lagi..
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kacau Atok

Salam Sejahtera
Merokok membahayakan kesihatan..tapi kalau dah kaki merokok amaran tu tetap tidak menjadi...kan.
Cucu saya Dina suka bila atoknya buat rokok lenteng(rokok jawa).. Dina akan duduk depan atoknya dan mula mengacau atok.
Apa yang atok buat..Dina nak tolong..




Dah cakap dengan atok jangan buat rokok depan Dina, tapi atok buat juga..Dina pun dah sedia dengan mancis.
Jangan la tiru yee..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menambah Ilmu



 

Salam sejahtera

Bermula awal January setiap hari Rabu dan Khamis anak saya Sara Yasmin mengambil kursus Bahasa Inggeris di Akademik pengajian bahasa UITM..Kelas bermula pada pukul 8-10malam..saya akan memulakan perjalanan dari Tg Karang ke Shah Alam pada pukul 5.30petang dan akan tiba dirumah menjelang pukul 12malam.
Mungkin agak jauh tapi dek selalu berurusan ke Shah Alam, rasanya perjalanan menjadi mudah dan santai..

Saya perhatikan ramai yang mengambil peluang mengikuti kursus bahasa di sini, ada yang sudah bekerja dan  yang masih belajar.. berumur dari 18tahun dan awal 40an..pastinya menuntut ilmu tiada batasnya.
Oleh kerana Sara masih bercuti sahingga Ogos, saya galakan dia  mengikuti kursus bahasa untuk memantapkan lagi kemahirannya.. Kemahiranya ini nanti pasti akan memberi banyak faedah kepadanya di kemudian hari..

Dua jam menunggu Sara apa yang saya nak buat..waaa banyak tempat sebenarnya yang saya fikir, Saya boleh brkunjung kerumah saudara mara, sahabat bloggers dan  cuci mata kat mall. Tapi saya pun suka lepak je kat kerusi  di Uitm sambail membaca.. Saya tenguk ramai juga suami dan ibubapa yang menghantar tidak balik..duduk2 sambil menjaga anak-anak.

Sambil tu saya pun mendapat kenalan baru..
Jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kelly's Life Giveaway Just For Fun

Salam Sejahtera..
Penyertaan GA lagi di tahun 2012.. Hai Kelly saya datang lagi..
Jom laa kita meriahkan GA Kelly yang akan berakhir pada 1April2012..
Antara yang menanti untuk dimenangi...Semoga bertuah lagi..Amin









 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

D'Lavender Home Deko

Salam sejahtera..
Ketika ini Bandar Baru Kuala Selangor sangat membangun dengan pesatnya..Banyak kedai yang menyediakan barang-barang keperluan pengguna ada disini..antara kedai yang baru saja dibuka ialah D'Lavender home deko. Kedai ni berhadapan denga 1 Plaza.  Semestinya kedai ini menyediakan barang-barang hiasan  kegilaan wanita yang suka menghias rumah.... 





 Hehehe..saya dan adik pun menjadi pengunjung tetap..dulu kalau nak beli home deko saya akan ke S'Alam atau beli on line..sekarang ni boleh la jenguk disini..
Memang cantik show roomnya..bikin hati gundah gulana..
jumpa lagi.. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis penutup 2011

Salam sejahtera..

Bertemu kembali ditahun 2012..semoga ditahun ini hidup kita mendapat lebih rahmat dari Allah, sentiasa beroleh kebahagiaan dan menerima segala dugaan dengan lapang dada..InsyaAllah.
Tiga hari sebelum tahun baru saya mengambil peluang untuk mengadakan kenduri tahlil  dan doa selamat..Arwah bapa mertua dan putera tunggalku  telah  kembali keRohmatullah 3tahun yg lalu...terasa seperti baru semalam keluarga kami menerima musibah..Alhamdulillah kami cuba untuk sentiasa redha akan setiap cubaan dan dugaan. Doa kami  semoga rohnya aman  dan dicucuri rahmat  olehNya. Sesungguhnya kita semua juga akan kembali kepadaNya jua..

Alhamdulillah anak dan anak saudara yang mengambil peperiksaan ditahun 2011 berjaya dengan cemerlang...Tahniah untuk anak saya Sara Yasmin yang mendapat 4flat untuk Diploma Sains,, Aisha Najiha 8A PMR.. Afiqah Auni 8A PMR..Shahira 8A PMR dan Filzah Husna 5A UPSR,...Semoga kejayaan kelian akan menjadi pendorong untuk adik-adik yang akan mengambil peperiksaan ditahun ini pula..


Kali ini kami membuat nasi ambeng bungkus untuk  tetamu bawa pulang..untuk hidangan tetamu kami menyediakan sate dan buah-buahan ..
Jom lihat persediaan yang kami buat ..







Jumpa lagi..
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS