Salam hari minggu..
Hari ini saya menerima kunjungan rakan dari rakan Fb anak-anak jawa Malaysia yang diketuai oleh Puan Sue M.Arukin. Kunjungan ini telah merapatkan lagi tali siloturrahim, sebelum ini saya tidak pernah bersua hanya hai2 saja di Fb..Seperti juga dari rakan bloggers begitulah juga dari rakan fb yang akhirnya kita mendapat banyak menfaat sekiranya dibuat dengan niat yang baik..
Dah namanya kumpulan AJMAL kami hanya menggunakan bahasa jawa bila berbual, sangat seronok kerana banyak dailek jawa yang dikeluarkan. Puan Sue pula seorang penulis buku resepi masakan mengambil peluang mencari resepi makanan2 jawa.
Selepas tu saya bawa mereka melawat sawah padi...pada ketika ini sudah tiba waktu menuai..tenguk lah gelagat mak-mak dara ni...begitu teruja sekali..hehe
Dah penat pusing sawah kami singgah makan dan minum kat gerai hari minggu di Tg karang..menu pilihan hanyalah pecal, soto, sate kerang dan sate paru..
Sehingga bersua lagi terima kasih sudi singgah..
Kunjungan rakan Anak-Anak Jawa Malaysia
1:35 PM |
Labels:
kunjungan rakan FB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam kak aton..baguslah akak dpt himpunkan anak jawa malaysia..dpt eratkan silahturahim..Congrate kak ( shariff anak jawa yg x fasih ckp jawa..bapa jawa mak minang..hi..hi..hi..)
salam shariff
ehh bukan akk himpunkan..kami join kelab AJMAL kat FB..sharif pun boleh join..x fasih tak ape lama2 mesti pandai..mereka ni saja dtg berjalan sambil cari makanan jawa..
geng kita ni bila nak buat gader2..mesti gegak gempita kan..
salam aton,
ada group anak2 jawa kat fb ye.lain kali ajak akak sekali ye..
kedai jual sate kerang tu kat mana? lama tak makan. dulu arwah pak mentua kakrose memang jual sate kerang..sedap..
salam kak yon..gerai tu hanya hari ahad dari pukul pagi - ptg..kat tapak pasar malam depan billion..kalau nak datang bg tau saya yer kak.. sesekali makan mmg terasa sedapnya..
Post a Comment