Kuih Siput Jalur

Salam sejahtera 
Ape khabar teman2 semua..semoga sentiasa sihat dan happy selalu..
Menjelang bulan ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, ramai yang menjual kuih raya sudah mengedarkan sample untuk dirasa seterusnya untuk tempahan..banyak betul kuih raya yang dibuat dengan rasa dan rupa  untuk menarik perhatian kita..
Tapi dik kerana raya lama lagi semangat untuk membeli pun masih belum ada..
Baru-baru ni suami saya pulang dengan membawa cenderahati bungkusan kuih dari satu majlis yang dihadiri..antara yang menarik perhatian ialah bungkusan kuih siput..



Pada bungkusan ditulis kuih siput jalur..Dulu-dulu kuih ni sangat populer kerana sedap dan murah..Dulu emak buat sendiri kuih ni untuk hidangan musim raya..masih ingat.. mak akan menguli... saya dan abang akan menolong menbuat kuih siput ni..
Mudah je nak buat..ambil sedikit adunan yg sudah diuli pelbagai ramuan, bulat-bulatkan kecil dan ditolak atau dilenyek kat atas acuan yang berjalur..lepas tu goring dalam minyak panas..mudah je kan..

Sekarang kuih ini sudah dikomersialkan..memang sangat diminati ramai  sebab kuih ni tidak muak dan sedap..
Mengikut alamat dari bungkusan kuih ini dibuat di Kg Parit Serong Tg Karang..disini memang membuat berbagai kerepek dan kuih-kuih untuk perayaan.

Sahingga berjumpa lagi..Assalamualaikum

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ziarah..

Salam sejahtera..

Tanpa diduga pagi tadi saya berada di Bentong Pahang kerana menemani adik saya menziarah kematian seorang kenalan..
Alhamdulillah perjalanan kami lancar dan selamat kedistinasi..Highway Latar dari Ijuk keSelayang sangat  membantu kelancaran perjalanan dan yang seronoknya belum kena tol lagi..



Menghampiri pekan bentong saya teringat seorang kenalan fb yang tinggal disini..dgn sedikit usaha akhirnya dapat menhubungi dan saya dapat bertandang kerumahnya...memang tak sangka dapat bertemu dengan Acik Ala...kadang2 apa yang kita rancang tidak menjadi..Syukur dan terima kasih ye Acik kerana sudi menerima kedatangan kami..


Seorang lagi rakanmaya dapat saya jejaki..Acik Ala dari geng deko rumah..cantik sekali dekorasi rumahnya.. tak jemu memandang..




Dalam perjalanan pulang singgah pekan Bentong sekejap...jumpa novel NB yang terbaru rasanya.. bertajuk Sejam RM2.50..Pelik sikit tajuknya tapi dah namanya peminat  beli je lah..   .
Musim durian disini dipermulaan musim..beli la juga buat oleh-oleh yang kat rumah..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS