Menang GA Nita

Salam Sejahtera..
Tengah hari tadi saya menerima hadiah dari  NITA  kerana telah memenangi GA Nita.. Hadiahnya berupa sebuah jam meja dari Vantage..tentulah saya senyum  sepanjang hari bila diberitahu saya menang GA Nita kali ni dan lebih gembira bila hari ni hadiahnya sudah menetap diteratak saya.
Terima kasih Nita.. semoga Allah sentiasa murahkan rezeki diatas keikhlasan Nita.


Sejak  menyertai bloggers, ini adalah kali kedua saya memenangi  GA..
Kali pertama saya menang GA Kelly.   Penyertaan GA kerana hendak menyokong dan turut sama memeriahkan, sambil tu boleh berkenalan dan mengenali laman blog rakan baru..Sekiranya ada rezeki..Alhamdulillah syukur. 
Jika kita berkesempatan jom la join GA yang banyak dianjurkan oleh rakan bloggers.
Jumpa lagi.. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GA Nita - Hobby and Therapy

Salam sejahtera..

Dah lama tak join GA..saje la cuba nasib.. Jom join  GA dari NITA  
Antara syaratnya..

1.. Jadi follower blog ini.....beres
2.. Tinggalkan comment untuk post ini dan emailkan nama anda untuk dihubungi di email saya                
 Hobbyandtherapy74@gmail.com...Siap
3.. Buat N3 di blog anda...siap sudah
4.. Tarikh tutup..22nov2011...sempat lagi
  
Jom lihat hadiah yang di sediakan

tempat pertama


tempat kedua


  tempat ketiga
 Jom join
Jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Walimatul urus

Salam sejahtera.
Setiap hujung minggu ramai yang mengadakan kenduri kahwin..Tentu sibuk meladeni  jemputan yang banyak dari jauh dan dekat. Saya pun tidak terkecuali kerana ada jiran dan rakan-rakan mengadakan walimatul urus..Sedaya upaya saya cuba memenuhi jemputan jiran dan rakan untuk sama-sama memeriahkan majlis, sama-sama memberi doa restu dan  menyambung silaturrahim..

 sempat bergambar dengan kak ros

 cenderahati untuk tetamu

Hari ini sekali lagi saya dan suami berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan puteri seorang rakan bloggers  Hajjah rosinah (pangkin nenek) dan suami Hj Salleh..Majlis diadakan dikediaman barunya di sec U12 Shah Alam.
Waaau..cantiknya dekorasi majlis yang serba pink..Gabungan berbagai warna pink dan bunga segar sangat menyegarkan mata dan cantik sangat.
Kak Ros yang saya kenali memang seorang yang sangat kreatif dalam bab hias menghias..majlisnya meriah dan sangat teratur...dan sudah tentunya makanan yang disajikan memang sedaaaaap..
Saya pun tidak dapat lama-lama dirumah Kak Ros kerana nak menghadiri majlis ditempat lain pula..
Harapnya saya dapat datang kerumah kak ros lagi sebab nak tenguk taman rosnya yang sempat saya intai..
Jumpa lagi..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS