Tuesday, February 9, 2010

Rumah baru





Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali..
Terlebih rajin saya hari ni..nak buat N3 lagi..hehe harap tak jemu menyinggah disini.
Akhirnya kaktus kesayangan ku mendapat rum
ah baru.
Pada yang pernah membaca blog saya yang dulu.. sedia maklum saya sangat meminati kaktus dan rasanya kaktus pun serasi dgn saya.
Saya mula menempah rumah kaktus ni akhir tahun lalu dan hanya siap pada minggu ini.
Saya mula memindahkan kaktus dari rumah lama ker
umah barunya tanpa bantuan.. penatnya tapi sebab dah minat, apa nak buat.







Tapi ada beberapa pasu lagi yang belum masu
k rumah baru,berat pasu yang ni..sabar ye.

Ini lah antara minat saya yang memerlukan perhatian dan dapat menghiburkan lara.
Jumpa lagi...bye



Read More

Monday, February 8, 2010

BOM block for mus


Salam sejahtera para bloggers, semoga happy selalu..
Wajib tayang kedua kutu BOM block April untuk musliha,,harap gembira menerimanya.
Warna pilihan ialah merah pink dan putih.


Read More

Friday, February 5, 2010

Sakura lagi

Salam sejahtera..
Apa khabar rakan blogers..semoga anda semua bahagia hendaknya..
N3 kali ini saya suka nak kongsi set sakura. Dul
u dah buat n3 sakura tapi kali ini ada tambahan pinggan bujur, teko aladin dan set cawan yang segak tangkainya.
Pinggan bujur ni besar betul, boleh juga dibua
t dulang..
Hmm saya memang sayang dengan set sakura ni..cantik sangat bunganya.
Ok........jemput la layan mata dengan koleksi sakura.






Read More

Monday, February 1, 2010

Set pinggan makan

Salam sejahtera rakan maya semua.
Hmm seronoknya saya hari ini, setelah
4hari tidak dapat melayari internet kerana komputer saya masuk wad akhirnya malam ini dapat saya melayari blog rakan-rakan. Hari-hari saya ditemani rakanmaya terasa bosannya dan sunyi bila saya tidak dapat bersama rakan maya semua..
Seronoknya melihat koleksi rakanmaya y
ang semakin beranak pinak, macam-macam pula bunga dan bentuknya..Rasanya koleksi saya pun semakin surut untuk tayangan.
Tapi saya masih lagi ingin bersama rakan semua..
Kali ini saya nak buat entry pinggan makan pula
k..set pinggan saya tak banyak mana pun sekadar ada je..Antara pinggan-pinggan yang sempat buat tayangan.

Antara koleksi pinggan batik yang saya ada, pinggan-pinggan ini tiada cop mohor.

Pinggan batik yang berliku ini mempunyai cop johnson bros england.


4biji pinggan berbunga ini saya jumpa di satu majlis, kerana berkenan saya minta dari tuan rumah...memang tak malu betul..di bagi makan minta pinggan pula, juga tiada cop.

,

Pinggan-pinggan yang lain ni kepunyaan keluarga..ambil la sikit untuk simpanan.

Pinggan victorian rose ini saya beli kerana tertarik dgn warna dan corak bunga yang terang dan cantik sangat juga boleh digabungkan dengan set cawan VCR saya. Walaupun ada kesan kotor tapi saya rembat juga. Pinggan ini mempunyai cop flag & crown.

Ok ye sampai sini dulu semoga berjumpa di lain waktu..bye


Read More

Wednesday, January 27, 2010

Set victorian roses

Salam sejahtera rakan maya dan bersua kembali..Apa khabar, semoga anda semua sentiasa beroleh kesejahteraan.. amin.
Kali ini saya nak pamerkan antara set roses yang ada.





Set victorian roses nama yang saya tahu dari otai2 antik. Antara koleksi ros yang menambat ha
ti dan menjadi impian saya untuk dimiliki. Alhamdulillah.
Set ini menpunyai cop mohor yang berlainan, sudah pasti bentuk bunganya juga agak berbeza setiap satunya.
Setakat ini dulu jumpa lagi, terima kasih sudi singgah.


Read More

Thursday, January 21, 2010

Kutu Bom 2010 Untuk Hani


Salam sejahtera dan bersua kembali.
Putih pink hijau warna pilihan hani, harap sangat hani suka dan minta maaf kalau tidak menepati piawaian. semoga kawan2 kutu bom dapat membantu dan memberi tunjuk ajar.
Ok hani, semoga akan menggembirakan waktu anda..terima kasih.


Read More

Sunday, January 17, 2010

Set Kaca

Salam sejahtera.
Hari minggu mesti ramai rakan-rakan melayan hobi mencari barang antik. Semoga barbaloi usaha rakan-rakan hari ini.
Set kaca yang saya nak share kali ini baru je saya kumpul..itu pun selalu tenguk kat blog rakan ada buat n3 kaca. Saya pun mulalah int
ai kat stor rumah dan kat kedai apek. Dulu-dulu set kaca memang popular jadi macam-macam bentuk yang boleh kita jumpa dan sangat nostalgia
Ini antara koleksi yang saya kumpul.


Ada juga koleksi dari pemberian rakan antik.

Set ini pemberian Nor64..terimakasih nor.

Set air mata ni pemberian dari nannie..terimakasih nannie

Beberapa set diatas sudah pun dipinang dan sudah diterima tuan barunya.
Setakat ini jumpa lagi terima kasih sudi singgah..bye


Read More