Showing posts with label Kekwa kuning. Show all posts
Showing posts with label Kekwa kuning. Show all posts

Set Kekwa Kuning

Salam sejahtera..
Kembali bertemu.
Selepas menghadiri majlis kenduri perkah
winan di Shah Alam Ahad lepas saya singgah Amcorfmall..meskipun hari beransur petang masih ramai lagi peminat antik mengunjungi gerai2 yang menjual banyak barang2 lama. Macam2 benda lama yang dijual kat sini..sebaiknya kita kena round dulu untuk servey harga sebab saya dapati harga barang tidak sama antara gerai.Ada penjual yang ramah dan ada yang masam malas nak cakap.

Pilihan saya mesti lah set teko dan cawan lama. Walaupun mulut kata tak nak beli ..hehe tapi kalau jumpa set lengkap tergoda juga.



Set kekwa kuning ni sangat mengugat perasa
an, akhirnya sebelum balik saya kembali kegerai Boniey dan bermulalah sesi meminang.


Akhirnya set ini menjadi milikku...sukaaaaa. Set ini masih berkilat dengan rim emasnya yang bersinar cantik. Dulu saya ada teko bulat bunga kekwa kuning tapi saya dah barter dengan rakan bloggers, rupanya saya dapat lagi lengkap dengan cawannya..
Sahingga jumpa lagi terimakasih sudi singgah disini.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS