Bunga Hiasan




Salam Ramadhan.
Menjelang Syawal yang akan menjelang tidak berapa
lama lagi pastilah ibu2 dan bapa2 semakin sibuk membersih dan menghias rumah supaya nampak lebih segar dan cantik.
Jambangan bunga selalunya menjadi keutamaan da
lam menghias rumah agar suasananya lebih meriah dan ceria..
Hehe saya ni memang suka sangat dengan gubahan bunga yang pelbagai. Walaupun begitu tidak semestinya bunga yang lama saya buang, yang masih elok saya
basuh dan gubah semula atau bawa kekedai untuk digubah gaya yang lain dengan ditambah bunga yang baru..tapi kalau dah lama sangat2 tu saya buang je lah.






Antara bunga2 yang memikat mata dan hati


Ok lah kedai bunga yang saya suka kunjungi ialah kedai bunga Sasaran niaga diPekan Sasaran Jeram Kuala Selangor. Kedai ini diusahakan oleh Puan Zaini dan anak-anaknya. Saya dan adik(Dewi) kiranya macam pelanggan tetap kat situ kerana layanan yang memuaskan hati dan banyak bunga yang cantik dan berkualiti.
Saya lebih suka membeli awal sebabnya pengu
njung tak ramai lagi dan semestinya ada masa nak melayan segala kehendak kita..



Puan Zaini dan anak sedang tekun menyiapkan gubahan



Rambang mata saya bila tenguk gubahan bunga2 ni..Adik saya kata "ambil je kak, takut malam tak lena tidor.." Ia ke..

Yang pastinya bila membeli mesti dah ada perancangan dimana nak diletakkan bunga2 ni semua.Ok sampai jumpa lagi..selamat mengemas dan selamat menghias..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Teko Ibu Tinggal


Salam sejahtera..
N3 ibu tinggal ..ada 2 biji teko yang kehilangan anak..sahingga sekarang masih tak pernah jumpa cawan untuk 2biji teko ini.
Saya suka corak bunga pada teko ini, rasanya agak berlainan bunganya..Saya beli teko ni di Amcorpmall je.
Sahingga jumpa lagi..bye

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hiasan rumah - plate n tin roses






Salam Ramadhan dan selamat bersua kembali..

Seronok melihat ramai bloggers baru pun meminati set-set lama..tapi semakin agak sukar untuk mendapat set lama yang dapat memenuhi citarasa..
Semejak dua menjak ni saya rajin juga shooping barangan hiasan rumah dari internet.. berhenti sekejap shooping antik2.
Saya tak pandai sangat bab deko rumah ni, tu yang selalu teropong blog dekorasi kawan-kawan dan minta nasihat percuma..
Saya berkenan bila tenguk koleksi plate dan tin bunga ros berwarna pink dari Lynn Cottage. Saya letak koleksi tin ini menghiasi meja telepon.. Okay tak.
Jumpa lagi..salam kemaafan dari saya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BUNGA MATAHARI

SALAM SEJAHTERA dan bertemu kembali teman-teman maya..semoga teman-teman beroleh kesejahteraan dan gembira selalu..

Pastinya dalam masa 2-3 hari yg berlalu nama Tg Karang dan Kg Sungai Gulang-Gulang (kg saya lah tu) menjadi sebutan dan berita seantero malaya.. Di Tg Karang sahaja semua suratkhabar sudah habis dilanggan dipagi hari, sahingga kini banyak cerita dan spekulasi m
engenai kematian Siti Rohana dan Dato Abdul Aziz masih hangat diperkatakan..
Semoga keluarga Allahyarhamah tabah menerim
a dugaan dan redha dengan ketentuan takdir.


Ok lah N3 kali ini saya nak tunjukkan pokok bunga matahari yang saya tanam tempoh hari sudah pun berbunga..sukanya saya tenguk bunga matahari ni tapi sang serangga pun suka juga singgah..
Dalam satu pokok ia ada beberapa tangkai bunga, pada masa ni banyak lagi kudup yang belum berkembang. Selepas bunga ini tua dan kering boleh diambil bijinya untuk dibuat benih .. Adakah selepas ini keliling rumah saya penuh dengan bunga matahari pula..hehe

Jumpa lagi di lain waktu BYE..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS