Set rose pink n yellow

a



Salam sejahtera dan berjumpa lagi kepada rakan2 maya. Diucapkan juga selamat menyambut tahun baru 2010 semoga tahun baru akan membuka lembaran baru yang penuh dengan keazaman untuk kesejahteraan keluarga kita. Amin.

Hari ini saya diberi kesempatan waktu dan talian internet yang elok untuk membolehkan saya membuat catatan baru dan juga penutup untuk tahun 2009.
Tahun 2009 memberi banyak sejarah suka dan duka kepada keluarga saya..Dan ditahun ini juga saya tahu berkongsi hobi dan menambah kawan melalui hobi ini.. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan2 maya yang sudi mengenali dan mel
ayan kerenah saya. Sesungguhnya hati saya sangat terhibur.



Untuk N3 penutup tahun ini saya ingin berkongsi dengan set ros pink n yellow..Set ni memang saya suka sangat dan saya tidak sangka dengan permulaan hanya sebiji teko dan cawan akhirnya bertemu dengan set cawan yang cantik..Jutaan terima kasih kepada tauke barang antik.. Ajmah yang banyak memeriahkan set yang tidak lengkap
Sebenarnya sejak tahu ada jualan internet saya kurang merayau dikedai apek, mungkin kerana kesuntukan masa saya lebih suka mencari di rumah kampung atau pun membeli diinternet je.
Set ros pink n yellow..cantiknya, itu saja yang saya dapat ucapkan..gembira ya amat bila saya berjaya memiliki. Rasa sangat puas dan mesti la saya senyum manjang di penghujung tahun dan semoga anda semua pun terus beroleh rezeki yang melimpah ruah dalam melayan kegilaan hobi kita.
Jumpa lagi dan terima kasih masih sudi singgah di singgah aton.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anak-anak saudara


Sempena cuti krismas yang akan menjelang ramai keluarga yang mengambil kesempatan untuk balik kampung. Saya pun sentiasa menunggu kepulangan anak-anak buah pada waktu begini. Walaupun yang balik pada waktu ni tak semua tapi bila dah berkumpul mesti nak buat macam-macam kan..

Budak-budak la paling seronok buat aktiviti petang. Anak saya sara membawa sepupunya wahidi, aizat, irfan, nadiah, aishah dan auni berjalan-jalan kat sawah sambil melihat matahari terbenam.


Bila balik kat rumah perut pun dah lapar..Menu malam ni memang kegemaran budak-budak ni iaitu udang masak sweet n sour, kerang rebus d
an asam pedas ikan.



Bila tengok udang besar ni memang naik selera mereka..makan sekor pun dah kenyang.
Kunjungan di musim cuti kali ini dapatlah anak saya sara berjumpa dengan sepupunya walau pun tak lama..InsyAllah sepupu yang lain dapat berkumpul sebelum cuti berakhir.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Set bunga lalang


Salam sejahtera dan bertemu kembali walaupun sekadar di alam maya, semoga rakan2 semua sihat dan gembira sentiasa.

N3 saya kali ini set bunga lalang..itulah nama yang saya tahu melalui otai2 kita. Ramai bloggers yang dah ada set ni dan saya dapat tenguk kat blog rakan2 ada berbagai bentuk teko dan cawan..




Saya dapat teko dan sedikit pinggan mangkuk di rumah jiran yang saya terjah..agak lama juga baru saya dapatkan 3biji cawan melalui Ajmah dan 3biji lagi dari kak fuziah. Alhamdulillah melalui intenet dan blog dapat saya melengkapkan set ini.
Setakat ini saja..InsyAllah kita akan berjumpa lagi.Terima kasih.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Set Ros Hitam

Salam sejahtera dan selamat bertemu kembali di alam cyber.
Berakhir sudah hujung minggu yang penuh dengan undangan kenduri kahwin dan gotong royong atau rewang. Bila ada keluar
ga terdekat yg mengadakan majlis kahwin memang penat ya amat tapi seronokkan dapat berjumpa ramai ahli keluarga, saudara dekat dan jauh serta kenalan2..sambil tu buka mukadimah tanya la kot kat rumah ada simpan set lama.. Ini soalan wajib..tak malu kan.


N3 kali ini ialah set hitam y.ang terakhir dalam koleksi saya. Ramai rakan blogger yang ada set ini dan ia sentiasa menjadi buruan. Seperti set hitam yang lain ia memang anggun dan mengusik jiwa bloggers. Bunga rosnya sangat cantik dan sempurna.
Semasa sibuk berposing depan kamera, satu s
et cawan ni dah jatuh berderai..rasa nak menangis pun ada...tak de rezeki kamu nak tayang.





Alhamdulillah dapat juga empat biji teko berlainan bentuk. Ape lagi yang kurang..sugar n creamer InsyAllah kalau ada rezeki. Setakat ini memang tak pernah jumpa.
Ok lah setakat ini dulu jumpa lagi..bye

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Set bunga geometri


Salam sejahtera kepada rakan maya semua.
N3 kali ini saya dapat dari jiran sekampung..biasalah saya akan terjah rumah2 lama dan selalu ada rezeki kat situ.
Antaranya set lama yang pasti tidak menarik perhatian rakan2 kerana warna pada coraknya, tapi saya tetap hormatinya sebagai salah satu set lama yang akan saya jaga.




Set ini tidak lengkap sepenuhnya, kesukaran mencari set cawan yang bercampur dengan cawan berlainan corak..al maklum dah masuk dalam senarai barang tidak dipakai.
Tutup teko pun tak jumpa jadi saya kahwinkan dgn tutup yang lain.
Saya sedang mengintai kat blog rakan kot ada yang menjual set cawan ini..harap ada rezeki saya untuk menambah set cawan.
Setakat ini dulu semoga berjumpa dilain waktu..bye.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenangan di Langkawi

d

Salam sejahtera rakan maya, semoga hujung minggu ini hari yang ceria dan gembira.. Jari saya pun dah boleh ketuk keyboard..Alhamdulillah
Melihat kembali gambar2 kenangan..saya
ingin berkongsi cerita kunjungan saya ke langkawi pada akhir tahun lepas..Inilah percutian terakhir bersama arwah anak lelaki saya. Pastinya banyak kenangan yang tidak dapat saya lupakan sehingga kini.
Diantara tempat2 yang kami lawati ialah Gunung Mat Cincang.. dengan menaiki Langkawi Cable Car untuk sampai keatas memang gerun tapi itulah yan
g seronok.Pemandangan di atas sangat cantik, indahnya kebesaran Allah.



Di kawasan bawah ada mini zoo, tapi yang menarik perhatian saya ialah pertunjukan ular sawa. Ini kali pertama saya tenguk ular sawa depan mata dan kami diberi peluang untuk bergaya dengan ular jika mahu. Masa tu arwah anak saya yang nak sangat pegang ular tapi takut, saya pun temankan tapi saya pun takut jug
a..hee geli.




Ular tu rasa sejuk, berat dan bergerak2 kat leher, kalau tenguk gambar tu memang saya takut lebih lagi bila kepala ular macam nak cium saya je.
Inilah antara kenangan indah dan sayu.
Jumpa lagi dan terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Malang Tidak Berbau

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua blogger yg sggh kat sini....
Hari ni, ada kelainan sikit...hehe..n3 kali ini bukan kak aton yg buat,tp anak beliau,sara yg buat.
x pe2...baca jer...jgn la blah dulu....hehe..




Lepas maghrib td, dgn semangat yg tinggi dan hati yg berbunga2...mama ambik bekas kuih lama yg dah dicuci kat blk air...on the way nk masuk kat dalm rumah, mama x perasan pulak ada air kat atas lantai tu..al-maklumla...waktu tu hujan tengah lebat....tempiasny
a pn dahsyat....

Dengan x disangka2, mama tergelincir....cian mama...habis bekas kuih pecah..tangan mama pulak terhempap kat atas kaca2 tu.tangan kanan pulak tu...menjerit mama..terkejut sara kat dalam rumah....banyak giler darah keluar meleleh2 kat atas lantai.....cuak betul tengok...



Biasa la, kalau dah kes2 cam ni, kena la bawak gi klinik kan....so, suami tercinta mama (bapak sara la...huhu) drive mama g klinik.... doktor kata, luka mama tu dalam sangat...so,kenala 10 jahitan...sampai sekarang ni, be'denyut2 tangan mama...tergendala la semua aktiviti2 mama mggu ni....kesian kat orang yg tempah baju sulam....x dapat nak pakai g kenduri kahwin.....



Apa pun, kitorang semua doakn mama cepat sembuh n aktif balik ngan hobi mama ni....
confirm la mama x merayap cari brg lama mggu ni.....seronok la sara mama kat rumah jer..(iyer ker??)hehe...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS