Hai Nenek Hai Dina



Salam sejahtera rakan bloggers,
Cuti sekolah yang baru bermula mesti banyak aktiviti hunting2.. kenduri kendara dan melayan anak2 pula sudah menjadi kebiasaan.. kalau mendapat pasangan yang sehobi semuanya boleh dilakukan serentak..hmm bestnya kalau saya dalam situasi begitu..hehe




Cuti sekolah kali ini cucu saya Dina berada dikampung, sebab pengasuhnya bercuti..
Seronok melayan kerenah Dina..baru nak pandai bercakap dan semua benda Dina nak tahu..
Awal2 ni saya memang kelamkabut dan rasa penat tapi sekarang dah ok,
saya dah boleh on komputer dan susun semula jadual harian.
Tempahan sulaman pula saya tutup sahingga akhir tahun sebab nak puas layan Dina.




Walaupun Dina dah biasa dengan suasana dalaman rumah tapi Dina tetap nak usik hobi neneknya, tak boleh leka sebab Dina pun suka dengan antik2 nenek.. Dina juga suka menari dan menyanyi..


Mudah menjaga Dina sebab dia suka berkawan dan tidak takut pada suasana baru.. mungkin dah biasa bersama pengasuhnya..
Itulah saya sekarang hehe sibuk dengan cucu yang sorang nii tapi saya masih skodeng blog rakan2 semua.. sesekali intai blog2 jualan..window shopping je..
Ok lah semoga tidak jemu singgah disini dan terima kasih.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

MRS HAKIM said...

kELAm kabut nenek dgn kerenah dina...heehheehehe...Mama Rindu dgn Dina niiiii.....