Salam sejahtera..
Pada hari Sabtu lepas keluarga saya mengadakan kenduri tahlil untuk arwah bapa Hj Munasir yang telah meninggal sebelum puasa lalu. Alhamdulillah majlils tahlil selamat diadakan selepas solat maghrib. Biasalah pada masyarakat jawa nasi ambeng akan dihidangkan tetapi sekarang banyak juga majlis tahlil sudah menggunakan sistem layan diri..Ape pun cara yang penting ialah kehendak dan keikhlasan tuan rumah..
Pada sebelah petang kami menyediakan jamuan untuk kawan2 dan jiran2..Saya minta maaf kerana tidak dapat menjemput rakan bloggers kerana majlis diadakan dirumah emak hanya rakan keluarga emak dan kawan sekerja adik sahaja yang dijemput..Alhamdulillah Azlina dan keluarga yang kami anggap seperti saudara pun dapat datang. Wak Wahid dan Aiman pun hadir pada majlils tahlil disebelah malam.
Mengimbau sedikit mengenai arwah..bapak ialah anak yatim yang datang dari Indonesia bersama ibunya ketika berusia 9tahun. Pada masa itu yatim dan miskin sangat dihina dan dipinggirkan..Sangat payah melalui kehidupan menjadi yatim, miskin dan terus miskin kasih sayang. Dengan kudratnya bapa bertekad akan mengubah diri agar keluarganya tidak dipandang hina dan tidak terus miskin. Bapa seorang yang sangat kuat bekerja, melakukan apa2 sahaja kerja kampung, setiap sen disimpan dan dilaburkan dengan membeli tanah2 kebun. Walaupun bila bapa sudah agak senang bapa masih lagi aktif bekerja sahingga bapa jatuh sakit.
Arwah tidak pernah sekalipun pulang ziarah ke Indonesia dan kami anak2nya tidak tahu langsung mengenai kehidupan warisnya disana. Pada bapa kehidupannya ialah disini.. tanah bertuah Malaysia. Empat orang anaknya.. Mohd Sunar, saya, Dewi Rahayu dan Dewi Dirwana kami yakin akan dapat meneruskan semangat bapa yang rajin, kuat bekerja dan sentiasa positif melalui kehidupan.
Walaupun semasa hayat, bapa jarang menunjukkan kasih sayang pada anak2 pastinya kehidupan keras yang dilalui menghalang untuk bapa berjiwa lembut..tetapi kami yakin segala kehidupan dan susahpayahnya ialah untuk anak2 dan isteri.. Kami sangat rindu dan kehilangan..AlFatihah.
Semoga diampunkan Allah dan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 beriman dan beramal soleh..Amin
Terima kasih dan jumpa lagi..
Bapa Dalam Kenangan
10:07 AM |
Labels:
keluargaku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam kak aton...
sedih sy baca kisah bapa kak aton dlm n3 ni...begitu kental bapa kak aton....semoga rohnya dicucuri rahmat...amin...
Semoga kita sekeluarga bersabar dgn ujian dr Allah...
Dipanjatkan doa semoga arwah atuk dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg terpilih..Amin..
Post a Comment