Seni Folk Art

Salam sejahtera..
Seni folk art memang cantik dan sangat berseni..Berbanggalah sekiranya rakanbloggers mempunyai kemahiran seni folk art kerana banyak benda yang akan jadi cantik semestinya untuk deko rumah..dan yang utama boleh juga menjadi sumber pendapatan.
Saya memang minat dengan folk art tapi harus sedar diri yang saya memang tak pandai melukis..Saya suka folk art bunga..bunga ros terutamanya dan ape-ape aje asal cantik..
Jadi kita serahkan je kepada mereka yang pandai folk art..



 Labu sayung ni saya beli sangat murah..dah tak laku nak dijual (habis musimnya)...Semuanya saya hantar FA kepada WANI
Saya pernah buat n3 pertemuan saya dengan wani di SINI terima kasih wani kerana menjadikan yang buruk menjadi cantik..sukaaaa sangat-sangat..
Untuk keselamatan saya hantar dan ambil semdiri labu-labu ni..
Banyak laman blog yang menerima tempahan FA..memang sangat memudahkan untuk orang seperti saya ni lah..Rezeki untuk mereka yang berbakat..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sarung bantal

Salam sejahtera..
Saya baru saja menyiapkan tempahan beberapa helai sarung bantal seorang pelanggan tetap..Sarung bantal ini dibuat dari kain cotton dan disulam berbunga..
Setiap satu set mengandungi 2helai sarung bantal..Menurut pelanggan saya, sarung bantal bersulam ini akan dijadikan buahtangan atau cenderahati untuk keluarga sempena menyambut hari raya nanti..








Sarung bantal ini serupa dengan hadiah GA saya baru-baru ini..
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Set kuning Diraja

Salam sejahtera..
Apa khabar rakanmaya semua..semoga rakan bloggers dikurniakan kesihatan yang baik dan gembira bersama keluarga tersayang.
Hari ini nak cerita pasal set kuning yang baru saya dapat..Tidak terpikir pun nak cari set ini tetapi pemberian  seorang sahabat blog dan fb.. Har dari Har Home Deco..Sangat cantik dengan warna kuningnya yang terang dan berbunga halus dikeliling cawan dan teko..


Har menghadiahkan kepada saya set cawan 6biji..sangat terharu dan terimakasih yang tidak terhingga kerana pemberian ini.. Saya mengenali Har melalui blog dan pernah mengunjunginya kerana rumahnya berdekatan dengan rumah anak saya di Kuantan..Beberapakali saya datang ke Kuantan tapi hanya sekali je dapat berjumpa... Mudah-mudahan kita dapat jumpa lagi ye Har..


Tekonya pula saya dapat jejaki dari zazalimey..Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan sekarang semuanya sudah bermastautin di teratak Singgah aton dan memeriahkan lagi koleksi yang sedia ada..
Jumpa lagi...babaaaaaaaaai
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari minggu

Salam sejahtera..
Bila sesuatu yang saya rancang tidak menjadi membuatkan saya bosan duduk dirumah pada hujung minggu...sape la yang nak layan bosan saya ni..
hihi.. saya ajak adik saya Dewi..jalan-jalan tapi tak la jauh..dekat-dekat je.. kat kedai barangan terpakai..
Kat kedai-kedai barangan terpakai ni kena rajin mengeledah..untung-untung jumpa yang dihajati..Sebenarnya saya pun tidak terfikir apa yang saya nak beli..tapi ada pulak rezeki buat menghilangkan bosan..Yang seronoknya regenya amat murah.
Jom layan..

  berbagai barang bercampur-campur
 tembikar tu cantik kalau dihias folkart atau decal
 bekas air ni masih elok lagi
renda pun ade dijual..dewi tengah mengeledah

 Antara mug berbagai yang adik saya dapat

  beberapa barang ni..saya yang punya..SUKA..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ziarah bakal tetamu Allah

Salam sejahtera..
Saya baru balik dari rumah emak Azlina di Rumah Tunas Harapan Kuala Selangor.. Emak Azlina yang saya panggil emak akan keTanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah dan akan bertolak ke KLIA sebelum subuh nanti..
Sudah berjanji dengan Ina untuk ziarah emak sambil tu boleh jumpa Ina untuk menyerahkan hadiah GA yang dimenangi..Walaupun saya hampir terlupa dan hanya teringat pada pukul 9.30malam..Alhamdulillah dapat saya berjumpa dengan emak dan keluarga Ina..Emak saya lah yang saya usung untuk menemani perjalanan malam.. Ala dekat je 15-20minit perjalanan..


Dah jumpa memang susah nak cepat balik..borak dengan keluarga ina memang gamat..Apa pun kami doakan emak  selamat pergi selamat balik,diberi kesihatan dan kekuatan untuk menjalani ibadah..walaupun emak tidak berapa sihat sejak beberapa hari lalu, tapi emak sangat bersemangat  untuk pergi menunaikan umrah...

Ok jumpa lagi dan terima kasih sudi singgah di singgah Aton



 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berkunjung kerumah Azzah08

Salam sejahtera..
Dalam program EG PML2011 yang saya sertai..ditakdirkan saya menerima dari Azzah08 bila salah seorang peserta menarik diri. Ini kali kedua saya menyertai dan mendapat partner yang sama..
Alhamdulillah saya menerima 2set cawan bunga ros lembut dan saya gandingkan dengan set ros yang sedia ada.. Terima kasih Azzah..akk suka sangat menerimanya..

 Kunjungan saya bersama adik dan anak saudara

Kunjungan saya pertama kali kerumah Azzah di Shah Alam..Azzah memiliki banyak koleksi PML yang cantik2 .. sekarang azzah pun sudah mula menjual beberapa xtra koleksinya.  Saya pun ada membeli mug dan teko mini rice grain darinya..Nanti bila dah membiak saya akan buat N3 rice grain pula.
Semoga  program EG ini dapat merapatkan silaturrahim antara peserta dan membuatkan partner kita gembira menerima barang EG..
Jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Baju sulam

Salam sejahtera..
Bila cuti sekolah selalunya memang musim pengantin..Pada masa ni biasanya saya banyak terima tempahan baju sulam untuk majlis nikah.. Bergantung kepada permintaan pelanggan atau saya akan beri idea untuk menambah seri baju..
Untuk majlis istimewa baju akan diperindahkan dengan sulaman..ditambah benang emas atau perak, diserikan lagi dengan manik dan labuci
Ini antara yang saya ingat nak ambil gambar baju tempahan pelanggan..Biasanya saya memang lupa nak ambil gambar baju yang dah siap..


  Kalau pelanggan puas hati, saya pun....suka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penerima GA Ulangtahun Perkahwinan 30

Salam sejahtera di hari Jumaat yang mulia..
Seperti yang  janjikan hari ini saya  akan memberitahu  peserta GA yang menjadi peserta bertuah.. 

Tempat pertama..No32  http://wahidina70.blogspot.com
Tempat kedua   ..No 1   http://yattbzgg.blogspot.com
Tempat ketiga   ..No 5   http://ezanygallery.blogspot.com
Tempat keempat..No 47 http://along-nidar.blogspot.com

Tahniah kepada semua pemenang..jutaan terimakasih  kepada semua peseta yang sudi join GA pertama saya..semoga segala doa yang baik-baik ini diberkati Allah..Insyallah ada rezeki  saya akan buat GA lagi.
Kepada pemenang ke empat boleh hubungi saya..no ada kat kanan tuu
Jumpa lagi dan terima kasih.. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rakan Bloggers dan FB

Salam sejahtera..

Bertemu kawan baru melalui blog atau fb memang seronok lebih lagi mereka mempunyai hobi yang sama.. Saya berkesempatan sekali lagi berjumpa rakan bloggers kerana kami menjadi partner dalam  EG anjuran Azzah.. Beliau yang saya maksudkan ialah Siti Fatimah dari Wafi & Wafiyah collection..



Sebelum ni dah selalu juga berhubung dan membeli beberapa barang lama ni..tapi hasrat untuk bertemu selalu tak tercapai kerana faktor masa.
Alhamdulillah, semalam dalam perjalanan  ke Klang saya dapat singgah kesinggahsana antiknya..koleksi ct yang cantik.. meriah dan  seperti biasa saya cuba nak tackle koleksi ct tapi yang ct nak jual saya dah ada..yang saya nak pula ct nak simpan..hihi.. T'..ingat akak ye kalau nak let go..


Senang hati saya dah serahkan barang EG saya pada ct walaupun tarikh akhir lama lagi..sebab lepas ni saya dah sibuk dengan kenduri kendara dan tempahan sulaman untuk raya pulak..
Jumpa lagi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS