Koleksi cawan lagi


Salam sejahtera..

Kali ini saya ingin memaparkan koleksi pinggan dan cawan yang saya dapat dari jiran bernama kak Jarah pada ramadhan yang lalu.

Set ini dibeli 45tahun yang lalu sebanyak 2set. Tetapi selepas masa berlalu hanya 5biji cawan beserta piring, sebiji teko, 2bekas gula, 2bekas susu, 2biji pinggan makan dan 10biji pinggan kueh yang tinggal. Semasa saya menemuinya ia sudah menjadi penghuni stor agak lama bertemankan tikus, lipas dan cicak. Pastinya koleksi ini dulu sangat rajin berkhidmat dan sudah sepatutnya pada waktu ini ia berehat didalam almari untuk tatapan dan pujian.

Set ini berbunga biru dan kelabu menjalari di sekeliling cawan dan pinggan. Pada pandangan mata saya ia lembut, menyejukkan mata dan tetap cantik untuk memeriahkan lagi koleksi yang ada.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rehatkan mata







Salam sejahtera..

Pemandangan sawah padi sedang cantik m
asa ini. Luas memandang hijau terbentang. Anak2 padi berusia lebih dari dua bulan dan sedang membesar.





Parit2 permatang sawah dipenuhi air dan pada waktu inilah bunga teratai hidup subur dan ada yang mula berbunga. Kebanyakann
ya berwarna putih kekuningan dan ada juga yang berwarna ungu dan merah jambu.



Suasana pada kala ini sangat cantik terutamanya selepas hujan.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Set bunga kangkung




Salam sejahtera dan selamat menjalani ibadah puasa kepada yang sudi singgah.

Antara hobi saya sejak 5-6tahun yang lalu ialah mengumpul set cawan, teko dan pinggan lama. Saya mula meminati setelah melihat di dalam beberapa buah majalah, alangkah cantiknya bila koleksi lama ini di susun atur. Sebelum itu saya malas nak memandang pun pada hal koleksi itu banyak di almari dapur.

Semakin lama koleksi saya bertambah hasil dari carian di kedai2 lama, kedai barangan terpakai, rumah saudara, jiran dan kawan2.

Setelah saya sedikit pandai melayari internet barulah tahu rupa2nya saya tidak bersendirian. Ramai rakan2 di alam maya sama2 mengumpul khazanah yang sangat bernilai ini.Tidak ketinggalan saya juga membeli secara on-line dari rakan blog untuk menambah koleksi.

Untuk kali ini saya ingin berkongsi dengan rakan2 antara koleksi yang saya miliki-set bunga kangkung.
Set bunga kangkung paling terkenal dan rasan
ya wajib ada pada semua yang meminati koleksi lama ini


.

Walaupun sudah selalu set bunga kangkung ini ada di blog tapi saya tidak pernah jemu untuk melihat dan menghayatinya.
Gitu lah kalau dah minat...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS