Bunga Hiasan




Salam Ramadhan.
Menjelang Syawal yang akan menjelang tidak berapa
lama lagi pastilah ibu2 dan bapa2 semakin sibuk membersih dan menghias rumah supaya nampak lebih segar dan cantik.
Jambangan bunga selalunya menjadi keutamaan da
lam menghias rumah agar suasananya lebih meriah dan ceria..
Hehe saya ni memang suka sangat dengan gubahan bunga yang pelbagai. Walaupun begitu tidak semestinya bunga yang lama saya buang, yang masih elok saya
basuh dan gubah semula atau bawa kekedai untuk digubah gaya yang lain dengan ditambah bunga yang baru..tapi kalau dah lama sangat2 tu saya buang je lah.






Antara bunga2 yang memikat mata dan hati


Ok lah kedai bunga yang saya suka kunjungi ialah kedai bunga Sasaran niaga diPekan Sasaran Jeram Kuala Selangor. Kedai ini diusahakan oleh Puan Zaini dan anak-anaknya. Saya dan adik(Dewi) kiranya macam pelanggan tetap kat situ kerana layanan yang memuaskan hati dan banyak bunga yang cantik dan berkualiti.
Saya lebih suka membeli awal sebabnya pengu
njung tak ramai lagi dan semestinya ada masa nak melayan segala kehendak kita..



Puan Zaini dan anak sedang tekun menyiapkan gubahan



Rambang mata saya bila tenguk gubahan bunga2 ni..Adik saya kata "ambil je kak, takut malam tak lena tidor.." Ia ke..

Yang pastinya bila membeli mesti dah ada perancangan dimana nak diletakkan bunga2 ni semua.Ok sampai jumpa lagi..selamat mengemas dan selamat menghias..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: