Salam sejahtera..
Salam pagi Jumaat teman-teman..
Sejak saya suka baca novel, saya akan sentiasa menantikan kemunculan novel terbaru lebih2 lagi novel dari penulis yang kita suka..Novel dari penulis Norhayati Berahim antara yang paling saya nanti2kan..
Baru-baru ini novel terbarunya sudah diterbitkan bertajuk ..HUJAN PUN MENARI..Kerana peminat NB pun sangat ramai agak sukar untuk mencari novel terbaru dipasaran tatkala novel ini baru diterbitkan.
Pada awal bulan lalu saya sudah ke Giant Shah Alam untuk mencari novel tapi beberapa kedai disitu pun tidak terdapat novel terbaru NB..
Semalam sekali lagi saya mencari novel NB di Jusco Bukit Raja dan terdapat dua buah kedai ternama disitu pun tidak ada novel terbaru NB.. hah parah-parah.
Dalam perjalanan balik saya singgah di Giant Klang Sentral..hanya disatu kedai kecil saya jumpa novel terbaru NB ..Alhamdulillah dapat juga akhirnya..
Tu lah kalau dah suka..jiwa kacau..










