Set bunga dahlia biru


Salam sejahtera..

Antara set cawan lama yang menarik perhati
an ialah set dahlia biru.Gembira dapat melihat set dahlia biru ini di blog Nannie, tentu meriah kalau bersatu... kan.

Dalam pencarian keluarganya yang lain saya hanya dapat menyatukan dengan teko dan pinggan kueh.Warna dan coraknya sangat cantik dan di halusi dengan lilitan perak pada cawan dan pinggannya. Ramai kawan2 yang melihat set ini jatuh hati dan tentu la nak memiliki tapi saya tak pernah jumpa set ini kat kedai2.. kat m
ana la ia menyorok.




Set ini masih belum lengkap tapi insyallah selagi minat masih menyala2 tanpa disangka satu hari nanti tentu dapatlah ia menyatu dengan familynya.

Untuk setakat ini jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 comments:

Nannie said...

cantinya teko dan cawan/piring bunga dahlia ni kak aton susah nk cari ni

~Yatt~ said...

salam kak aton..
akak selangor kat mana yea?..
saya ada gak teko aladin cam akak nyer tu..dulu saya beli kat tasha..
dapat pulak yea akak cawan2 tu..saya dapat kat apek kluang lama dulu..mmg susah nak jumpa dahlia biru nie..
tahniah ye akak..

Kak Aton said...

duduk dkt sawah padi yatt..akak tabik spring koleksi yatt cantik lagi glomorus

Anonymous said...

slm k.ton ..comel bunga biru ni....saya ada sekeping piring kuehnya... x tau lah nak buat ape dgn sekeping tu je...

aj said...

salam akk aton..piring mmg senang nk dpt akk. tp cwn & teko mmg payah..sib baik aj dpt da 2 teko yg berlainan bentuk bunga...nk simpan sayanggg nk juai...cwn aritu da jual da..

MrsNor said...

salam k.ton...(iyer ker akak ni?? kot kot tua sy lagi). Kat KB ni sy pernah jumpa set cawan bunga ni.. pinggan pun ada. Tp sy tak rembat sebab ia tidak masuk dlm citarasa saya. Kalau nak, sy leh carikan lagi..

Kak Aton said...

Salam Mrsnor..kalau ada memang naak.Nnti inform kat saya ye.Sejak dah ada cucu ni makin terasa tua..he he he

Gee said...

salam ziarah dan salam perkenalan aton.

akak minat kat teko2 bunga kangkung yang berbentuk tu. geramnye.....set dahlia biru memang cantik tapi susah nak dapat, kan.

Kak Aton said...

Salam Gee dan salam persahabatan.
Bila kita dah minat usahakan agar minat tu subur. Set lama ni ada dipersekitaran kita tapi mesti ada usaha. terima kasih gee sudi singgah.