Bunga Roseku
Kakak Dina
Salam sejahtera..
Minggu lepas saya melawat anak di Kuantan..lepak la kat sana empat hari, sempat main dengan cucu dan ronda bandar Kuantan..Bila saya nak balik cucu saya Dina terus je masuk dalam kereta nak ikut saya balik..
Bila dah sampai rumah mula bertanya.. "bila mama dan abah nak datang ambil Dina"...mula la dia ingat mama ngan abahnya tuu.. tapi bila diberitahu mama ngan abah pergi kerja dia pun ok je..
Seminggu ni meriah rumah saya dengan gelagat si Dina, semua orang sangat suka melayan Dina.
Dina dah berusia 2tahun 7bulan, dah jelas bila bercakap..sangat suka bercerita..aktif dan mudah menguruskannya..
Dina sudah membahasakan dirinya kakak Dina sebab tak lama lagi Dina nak dapat adik.. Syukur alhamdulillah.
Bila saya memanggil namanya Dina..cepat je dia cakap.."Kakak Dina laa, nenek lupa laa tuu"..
Biasa laa Dina suka usik barang hiasan neneknya..bila ade yang pecah alahai cepat lagi dia cakap.."sorry nenek"..
Bila nenek tak bagi Dina makan gula-gula lagi..Dina cakap "nak sikiiiit je"..
Dina suka sangat bila dibawa naik motor keliling kampung.. semua benda akan jadi bahan ceritanya..
Hmmm seminggu ni saya stop dulu aktiviti jahitan..sebab Dina pun suka usik barang jahitan..tapi saya sangat gembira dapat melayan kerenah kakak Dina..Setiap hari ada je gelagat yang mencuit hati..
Jumpa lagi..
Halwa mata..
Salam sejahtera..
Setiap hari melihat deko rumah sendiri kadang-kadang menjemukan juga..alih sana.. letak disini.. menukar sedikit dekorasi rumah agar mata sedikit segar dengan suasana baru.
Menambah sedikit hiasan untuk rumah saya kali ni saya kitar semula je botol2 monavie.
Saya lihat botol Monavie ni cantik warna dan bentuknya..sayang pula nak buang.
Ok tak saya buat macam nii...boleh la untuk halwa mata kami sekeluarga... tetamu yang datang pun menegur...Laa botol pun engko buat hiasan juga ton...hihihi..ni je yang saya mampu..
Jumpa lagi..
Menang GA Nita
Salam Sejahtera..
Tengah hari tadi saya menerima hadiah dari NITA kerana telah memenangi GA Nita.. Hadiahnya berupa sebuah jam meja dari Vantage..tentulah saya senyum sepanjang hari bila diberitahu saya menang GA Nita kali ni dan lebih gembira bila hari ni hadiahnya sudah menetap diteratak saya.
Terima kasih Nita.. semoga Allah sentiasa murahkan rezeki diatas keikhlasan Nita.
Sejak menyertai bloggers, ini adalah kali kedua saya memenangi GA..
Kali pertama saya menang GA Kelly. Penyertaan GA kerana hendak menyokong dan turut sama memeriahkan, sambil tu boleh berkenalan dan mengenali laman blog rakan baru..Sekiranya ada rezeki..Alhamdulillah syukur.
Jika kita berkesempatan jom la join GA yang banyak dianjurkan oleh rakan bloggers.
Jumpa lagi..
GA Nita - Hobby and Therapy
Salam sejahtera..
Dah lama tak join GA..saje la cuba nasib.. Jom join GA dari NITA
Antara syaratnya..
![]() |
Jumpa lagi..
Walimatul urus
Salam sejahtera.
Setiap hujung minggu ramai yang mengadakan kenduri kahwin..Tentu sibuk meladeni jemputan yang banyak dari jauh dan dekat. Saya pun tidak terkecuali kerana ada jiran dan rakan-rakan mengadakan walimatul urus..Sedaya upaya saya cuba memenuhi jemputan jiran dan rakan untuk sama-sama memeriahkan majlis, sama-sama memberi doa restu dan menyambung silaturrahim..
Hari ini sekali lagi saya dan suami berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan puteri seorang rakan bloggers Hajjah rosinah (pangkin nenek) dan suami Hj Salleh..Majlis diadakan dikediaman barunya di sec U12 Shah Alam.
Waaau..cantiknya dekorasi majlis yang serba pink..Gabungan berbagai warna pink dan bunga segar sangat menyegarkan mata dan cantik sangat.
Kak Ros yang saya kenali memang seorang yang sangat kreatif dalam bab hias menghias..majlisnya meriah dan sangat teratur...dan sudah tentunya makanan yang disajikan memang sedaaaaap..
Saya pun tidak dapat lama-lama dirumah Kak Ros kerana nak menghadiri majlis ditempat lain pula..
Harapnya saya dapat datang kerumah kak ros lagi sebab nak tenguk taman rosnya yang sempat saya intai..
Jumpa lagi..
Kekwa Kuning
Salam sejahtera..
Dah lama saya tidak buat N3 teko dan cawan lama, sebabnya sudah lama tidak shopping memandangkan penempatan yang sudah sesak.. Nak tambah lemari lagi suami dah komplen sbb rumah dah penuh dengan almari pinggan cawan lama..
Kalau ade pun jika berpeluang saya akan menambah sebiji dua dalam koleksi..
Set kekwa kuning ini saya pernah buat n3 di SINI..berpeluang pula memiliki sebiji teko bulat dan satu pinggan leper..Pernah tak jumpa creamer n sugarnya..
Saya sangat sayang set ni sebab susah kan nak jumpa dan corak bunganya sangat cantik..
Pinggan lepar ni beli dari 'Kedai Ipoh Loken' dan teko bulat tu dari 'Aina warisan nenek'.. Sekadar berkongsi hobi buat tatapan anda semua..
Jumpa lagi..
Shopping lagi..
Menunggu Kereta Api
Salam sejahtera..
Kepada peminat novel NB, ada novel terbaru sudah ada dipasaran bertajuk 'Menunggu Kereta Api'..
Tebal gak novel ni..ada 872 muka surat..wah lama la saya nak duduk melayan perasaan. Saya ni kalau dah start baca novel boleh lupa dunia sekejap..sebab tu bila start baca novel baru saya ketepikan hobi atau kerja yang lain..
Sekarang ni senang saya nak dapat novel NB..Di farmasi K'Selangor ada menjual novel-novel terbitan NB, dapat lagi potongan 10%....mudah dan seronok..
Selamat membaca dan jumpa lagi.
Bunga Ros
Tempayan lama
Salam sejahtera..
Jom tenguk tempayan lama yang saya dapat dari seorang rakan warga emas dikampung saya..
Menurut rakan saya tempayan ni kepunyaan arwah ibubapanya.. dulu diguna untuk menyimpan air hujan..beberapa biji sudah pecah kerana terbiar lama dan tidak diselenggara dgn baik..
Buat masa ni saya letak tempayan ni sebagai penyeri taman..
Jumpa lagi..
Suasana hari raya
Salam Aidilfitri 2011
Kaki lembu
Salam sejahtera
Kuih Siput Jalur
Ziarah..
Salam sejahtera..
Seni Folk Art
Sarung bantal
Salam sejahtera..
Saya baru saja menyiapkan tempahan beberapa helai sarung bantal seorang pelanggan tetap..Sarung bantal ini dibuat dari kain cotton dan disulam berbunga..
Setiap satu set mengandungi 2helai sarung bantal..Menurut pelanggan saya, sarung bantal bersulam ini akan dijadikan buahtangan atau cenderahati untuk keluarga sempena menyambut hari raya nanti..
Sarung bantal ini serupa dengan hadiah GA saya baru-baru ini..