Salam sejahtera..
Pagi tadi hantar anak saya sara ke Klang Central..nak lepak kat rumah kakaknya di Kuantan..Lepas tu saya terus ke Kamdar Klang untuk mencari kain cotton untuk dibuat cadar..
Kat sini banyak pilihan, harganya pun memuaskan dan sempena Depavali ada juga diberikan harga discount..
Dari Kamdar saya nak ke kedai peralatan jahitan, lama sudah saya tidak memandu masuk kepusat bandar..jalan2 sudah ditukar halanya..Jauh la juga saya parking kereta.
Setelah memasuki beberapa kedai..tak sangka2 saya jumpa pula dengan Kak Yon yang sedang mencari barang2 keperluan perkahwinan puterinya..Haa apa lagi pelok2.. kiss2.. dan klik2 laa
Masing2 sibuk dengan barang yang nak dicari tak dapat la nak cit cat panjang lebar.."Lain kali kita date minum cendol klang ye kak"
Ini antara barang yang sempat saya beli..
Bahan cadar tempahan pelanggan
Benang crochet Minlon Family warna hijau..mencari sahingga kedai ke 8 baru jumpa
Sejak kebelakangan ni saya suka membuat crochet..ini kemahiran yang telah lama sangat saya tinggalkan.. Mula dulu beli sikit je..testing dulu..seronok membuat crochet ni boleh dibawa dan dibuat kat mane2 je..
Harap2 le menjadi..
Jumpa lagi..bye
1 comments:
Aton..sib baik elok lentoknya..klau tak malu ahh..hehe
Post a Comment