Showing posts with label perjalanan. Show all posts
Showing posts with label perjalanan. Show all posts

Perjalanan ke Tanah Suci

Salam sejahtera

Alhamdulillah..Allah telah memakbulkan hajat saya...
Dengan keizinan  dan doa restu suami dan doa dari saudara..sahabat handai.. saya dan emak dapat menjejakkan kaki  di tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah..Ini adalah pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke tanah suci manakala emak adalah kali kedua. Perjalanan kami bermula pada 7/3 sahingga 23/3.. 
Dari Jeddah kami meneruskan perjalanan ke Madinah.



Berpeluang bersembahyang di Masjid Nabawi,  menziarah makam Rasulullah dan  para sahabat dan ziarah ketempat2 sejarah Islam membuatkan masa kami terisi dan terasa sangat pantas berlalu..
Tiga hari di Madinah tibalah masa  untuk melakukan umrah di Tanah Suci Mekah..Sukar untuk saya gambarkan perasaan pertama kali melihat Kaabah didepan mata..melihat umat Islam dari seluruh dunia berpusu-pusu datang dan beribadat disini..Subhanallah..Allahuakbar..




Alhamdulillah, minggu pertama saya sihat dan dapat melakukan pekerjaan umrah saya 4kali dan tawaf sunat juga dapat saya lakukan berkali-kali..






Tapi dipenghujung minggu..badan saya mula kurang sihat diikuti selsema dan batuk..maklum laa sebelum ni badan sangat dimanjakan.. tak pernah la nak berjalan lebih sikit..bila disana kita banyak menggunakan tenaga kaki.. Setiap hari saya telan panadol sahaja untuk mengurangkan demam..walaupun begitu saya masih dapat pergi ke Masjidil Haram untuk bersolat ..Alhamdulillah..
Kali pertama dapat melakukan ibadah umrah ini..saya tau ada banyak perkara yang perlu di perbaiki lagi untuk mencantikkan ibadat saya... Insyaallah ada rezeki.. saya akan kesana lagi.. begitulah juga yang saya dengar dari  setiap jemaah umrah agar di izinkan Allah dapat  menjejakkan kaki ke tanah suci lagi..InsyAllah.

 





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ziarah..

Salam sejahtera..

Tanpa diduga pagi tadi saya berada di Bentong Pahang kerana menemani adik saya menziarah kematian seorang kenalan..
Alhamdulillah perjalanan kami lancar dan selamat kedistinasi..Highway Latar dari Ijuk keSelayang sangat  membantu kelancaran perjalanan dan yang seronoknya belum kena tol lagi..



Menghampiri pekan bentong saya teringat seorang kenalan fb yang tinggal disini..dgn sedikit usaha akhirnya dapat menhubungi dan saya dapat bertandang kerumahnya...memang tak sangka dapat bertemu dengan Acik Ala...kadang2 apa yang kita rancang tidak menjadi..Syukur dan terima kasih ye Acik kerana sudi menerima kedatangan kami..


Seorang lagi rakanmaya dapat saya jejaki..Acik Ala dari geng deko rumah..cantik sekali dekorasi rumahnya.. tak jemu memandang..




Dalam perjalanan pulang singgah pekan Bentong sekejap...jumpa novel NB yang terbaru rasanya.. bertajuk Sejam RM2.50..Pelik sikit tajuknya tapi dah namanya peminat  beli je lah..   .
Musim durian disini dipermulaan musim..beli la juga buat oleh-oleh yang kat rumah..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perjalanan 2

Salam sejahtera
Alhamdulillah perjalanan kami ke Johor Bahru tempoh hari lancar dan selamat pergi dan balik, walaupun dibeberapa tempat berlaku kemalangan dan kesesakan jalanraya.
Kami tiba agak lewat kerana mencari tempat dimana majlis tidak diadakan dirumahnya tapi  di perumahan kastam Taman Bakti.. bila dah penat acara malam kami  hanya berehat dan tidor je..

 Ahad 1hbmei sebelah pagi kami jalan2 cari makanan Johor..pusing-pusing jumpa tempat makan yang sangat santai.. dapatlah kami menikmati laksa Johor dan sop tulang yang sangat sedaaaap..

 Pakcik saya Mohd Mimbar ialah adik bungsu arwah bapa saya.  Bekerja dan menetap di Johor Bahru dan sekurang-kurangnya setahun sekali kami akan menziarahi beliau..


Majlis perkahwinan ini ialah untuk meraikan perkahwinan anak lelakinya Khairul Ezwan dan pasangannya siti Noremy.


Alhamdulillah majlisnya meriah dengan kehadiran rakan-rakan dan saudaramara dari jauh dan dekat.. Dimajlis inilah juga kami dapat berjumpa dan beramah mesra dengan saudaramara yang lama tidak bertemu..
Semoga perkahwinan akan berkekalan bahagia keakhir usia dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah..Amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

perjalanan 1




Salam Sejahtera..
Pagi ni saya akan ke Klang Central menjemput anak saya SARA yang akan memulakan cuti sem' UITM Arau hari ini.. Biasanya bas  akan sampai  pada pukul 5.30pagi..jadi saya akan bertolak dari rumah lebih kurang pukul 4.00pagi..Selalunya suami ku yang akan menjemput tapi kali ini huuhu kena pula giliran saya..
Kesian Sara, kali ini  mama tak dapat jemput Sara kat Perlis kerana kesibukan jadual, terpaksalah Sara balik naik bas dan segala barang-barangnya ditumpangkan dirumah kawannya di Perl;is..Sara akan cuti 'sem selama sebulan sebelum kembali menyambung pengajian sem akhir pada bulan jun nanti..Insyallah Jun nanti mama hantar Sara balik perlis yee..
Sara  kena balik pagi ini sebab nak minta dia temankan neneknya kat rumah..suami saya berkursus di Melaka dari hari Jumaat sahingga kehari Ahad..Lepas  ambil Sara nanti saya bersama  adik akan ke rumah abang di Sri Gombak dan kemudian meneruskan perjalanan ke Johor Bahru kerana meraikan walimahtul urus dirumah pakcik yang berlangsung pada hari Ahad 1hbmei ...waaaa jauhnya perjalanan ku..semuanya cantik dalam rancangan, saya berdoa perjalanan kami di lindungi Allah dan mendapat keberkatan memanjangkan siloturrahim..
Siapakan rakan-rakan blog ku warga Johor Bahru yang menantiku..ramai rasa yang mengenali tapi tuntutan masa amat sukar untuk bersua..walaupun sudah beberapakali saya berkunjung ke Johor Bahru tapi masih gagal untuk menemui rakan blog..Semuanya dalam perancangan Allah..Semoga rezeki memihak kepada kami nanti..Insyaallah..
Ok..jumpa lagi..

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS