Salam sejahtera
Ape khabar teman2 semua..semoga sentiasa sihat dan happy selalu..
Menjelang bulan ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, ramai yang menjual kuih raya sudah mengedarkan sample untuk dirasa seterusnya untuk tempahan..banyak betul kuih raya yang dibuat dengan rasa dan rupa untuk menarik perhatian kita..
Tapi dik kerana raya lama lagi semangat untuk membeli pun masih belum ada..
Baru-baru ni suami saya pulang dengan membawa cenderahati bungkusan kuih dari satu majlis yang dihadiri..antara yang menarik perhatian ialah bungkusan kuih siput..
Pada bungkusan ditulis kuih siput jalur..Dulu-dulu kuih ni sangat populer kerana sedap dan murah..Dulu emak buat sendiri kuih ni untuk hidangan musim raya..masih ingat.. mak akan menguli... saya dan abang akan menolong menbuat kuih siput ni..
Mudah je nak buat..ambil sedikit adunan yg sudah diuli pelbagai ramuan, bulat-bulatkan kecil dan ditolak atau dilenyek kat atas acuan yang berjalur..lepas tu goring dalam minyak panas..mudah je kan..
Sekarang kuih ini sudah dikomersialkan..memang sangat diminati ramai sebab kuih ni tidak muak dan sedap..
Mengikut alamat dari bungkusan kuih ini dibuat di Kg Parit Serong Tg Karang..disini memang membuat berbagai kerepek dan kuih-kuih untuk perayaan.
Sahingga berjumpa lagi..Assalamualaikum
0 comments:
Post a Comment