Pelaburan Emas

Salam sejahtera..

Sekarang ni sana sini orang bercerita mengenai pelaburan emas, di media cetak dan elektronik memberi banyak maklumat dan panduan kepada pembeli emas untuk dijadikan pelaburan. 
Saya suka juga melayari blog pelaburan emas sekadar untuk menambah ilmu..salah satunya jangan tunggu ada duit banyak baru nak beli emas..hehe bila la tuu ashik2 PML.
Teringat arwah bapa dulu, hasil pendapatan yang sedikit dibelikan emas dan bila dah cukup akan dijual untuk membeli tanah kebun...hmm memang orang dulu-dulu lebih berwawasan..



Tetiba saya teringat arwah bapa ada memberikan saya syiling berwarna emas kira-kira 40tahun dulu.  Syiling satu ratus ringgit ini ada gambar dan tulisan Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman..
Syiling ini kemudian diikat dengan emas untuk dijadikan buah rantai.




Saya tertanya-tanya adakah syiling ini bersalut emas atau keseluruhannya emas..lantas kekedai emas la saya bawa dan alangkah terperanjatnya bila  syilingnya saja  bernilai dua ribu lebih dan ia adalah emas..
Betulkah nilai syiling ini dulu satu ratus ringgit Malaysia.. Nampaknya pandangan arwah bapa tentang  nilai emas memang tepat.

Saya pun masih belajar mengenai pelaburan emas..dan dengan kemudahan dari bank-bank yang menyediakan kemudahan Ar Rahnu pastinya akan memberi peluang kepada kita untuk menambah pelaburan..
Jumpa lagi..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku rujukan kerjatangan

Salam sejahtera..
Mengisi masa terluang dengan membuat kerjatangan memang menjadi minat sejak lama dulu..
Minat ini pula berubah-ubah mengikut masa..dan kalau yang suka dengan kerjatangan saya, dapatlah menambah isi poket..
Adakalanya saya belajar dari guru, kawan dan merujuk dari buku sahaja..buku-buku ni ada yang lama dan baru..ia akan sentiasa bertambah mengikut keperluan.  Beberapa buku ada dipinjam terus hilang tanpa dikesan.
Buku-buku inilah yang menjadi rujukan, panduan dan kesayangan..




Ini ialah turutan kerjatangan yang saya buat dari dulu sahingga sekarang.


BUKU KAITAN
Inilah permulaanya..saya mula sejak remaja lagi..



BUKU CROSSTICH
Sulaman tangan yang sangat populer dulu sahingga sekarang..dulu2 mengambil tempahan tapi dah lama berhenti..masalah mata




BUKU SULAMAN MESIN
Dulu menyulam tak guna pun buku ni..buat corak sendiri atau tiru dari tudung..jumpa buku ni..saya beli juga.. Antara minat yang saya belum jemu lagi..




BUKU PATCHWORK
Saya mengambil kursus di Klang..pernah juga mengambil tempahan tapi sekarang hanya untuk sendiri sahaja.


BUKU SMOCKING
Saya belajar dari guru kemas tapi tidak dapat meneruskan minat ini kerana masalah mata..


BUKU JAHIT MANIK
Saya juga tidak dapat meneruskan  kerana masalah mata..tapi dah puas juga mengambil tempahan sebelum berhenti.



BUKU SULAMAN RIBEN
Saya merujuk sepenuhnya dari buku ini semasa membuat sulaman riben..kalau berpeluang nak ambil kursus sulaman riben..

Antara banyak kerjatangan ini SULAMAN MESIN lah yang paling lama kekal sahingga sekarang dan terus menjadi sebahagian dari kerjaya saya..
Jumpa lagi..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Set kekwa coklat

Salam sejahtera..
Hari ni nak kongsi set kekwa coklat yang baru saya dapat dari rakan FB.. Seronoknya dapat set lengkap dan  cantik pula...Ehh ade ke set lama yang tak cantik?
Jom la kita menikmati kecantikan dan keunikan set lama ini..


 Macamana nak kata tak nak hunting lagi kalau berpeluang untuk memilikinya..
Jumpa lagi




 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jalan-jalan



Salam sejahtera..dan selamat tahun baru 2011.
Selama hampir sebulan setengah cucu saya bercuti dikampung, Dina akan bersama abah dan mamanya di Kuantan semula...Dina yang dah manja dengan nenek dan atoknya..mesti sedih dan sunyi kembali mewarnai kehidupan kami..
Anak saya Sara pun dah kembali belajar di uitm sem 5, anak-anak saudara juga kembali keasrama sebab persekolahan dah bermula..yang ada hanya anak2 saudara yang masih sekolah rendah.
Walaupun saya suka Dina duduk dengan kami tapi saya pasti bersama abah dan mamanya adalah lebih baik kerana kita bukan memjaga saja tapi mendidik itu yang lebih utama..biarlah mereka menunaikan tanggungjawab mendidik anaknya.
Sejak dikampung kemana pergi saya akan bawa Dina..sahinggalah lawatan ke Terengganu Kelantan dan ikut hantar anak ke Perlis..
Sebelum  balik Kuantan sempat juga Dina melawat Zoo Negara..lama dah tak datang sini..ingat esok sekolah  pelawat tak ramai tapi ramai juga..
Seronok Dina tenguk binatang2 yang biasanya dia tenguk kat buku jee..walaupun pada saya keadaan zoo dulu2 lagi elok tapi boleh laaa..tuk budak-budak.
Saya akan terus mengisi waktu dan menyibukkan diri semula..semoga tahun ini akan lebih bererti dan lebih membawa kebaikan untuk kita semua..
terima kasih dan jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

First GIVEAWAY Novel

Salam sejahtera..
Hari ni dapat tag dari sahabat maya kak yon untuk join GIVEAWAY novel dari blog E-shop  ...baru mengetahui mengenai blog E-Shop dan saya nak join untuk memeriahkan mana lah tahu ada nasib baik dapat menambah koleksi novel yang dah sedia ada..
Syarat-syaratnya:

1. WAJIB jadi follower belog ini.
2. LINK kan belog ini di bloglist korang.
3. Buat SATU entri tentang belog ini dan linkkan di sini.

Hadiahnya adalah salah sebuah novel yang ada di belog ini (mengikut pilihan pemenang terpilih) Dan kalau sambutan GA ini hangat...akan ditambahkan lagi hadiahnya...Oleh itu jom reramai join GA Novel.
Saya nak tag pada azlina dan sara
 
 Mulai 29hb okt-31hb dec 2010

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mencari Novel

Salam sejahtera..
Salam pagi Jumaat teman-teman..
Sejak saya suka baca novel, saya akan sentiasa menantikan kemunculan novel terbaru lebih2 lagi novel dari penulis yang kita suka..Novel dari penulis Norhayati Berahim antara yang paling saya  nanti2kan..
Baru-baru ini novel terbarunya sudah diterbitkan bertajuk ..HUJAN PUN MENARI..Kerana peminat NB pun sangat ramai agak sukar untuk mencari novel terbaru dipasaran tatkala novel ini baru diterbitkan.
Pada awal bulan lalu saya sudah ke Giant Shah Alam untuk mencari novel  tapi beberapa kedai disitu pun tidak terdapat novel terbaru NB.. 

..
 Bawa dina jalan-jalan

Semalam sekali lagi saya mencari novel NB di Jusco Bukit Raja dan terdapat dua buah kedai ternama disitu pun tidak ada novel terbaru NB.. hah parah-parah.

 Makan-makan di Johny's



Dalam perjalanan balik saya singgah di Giant Klang Sentral..hanya  disatu kedai kecil  saya jumpa novel terbaru NB ..Alhamdulillah dapat juga akhirnya..
Tu lah kalau dah suka..jiwa kacau..
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menang GA Kelly

Salam sejahtera ..

Pada 3hbOkt 2010 saya menyertai GA anjuran Kelly dari blog Kelly's life sempena ulangtahun perkahwinan beliau..Setiap kali  menyertai GA anjuran rakan bloggers yang pasti saya datang untuk memeriahkan.

Pagi 4hbDis Kelly menelefon  memberitahu yang saya memenangi GA tersebut...Rasa tentulah sangat gumbira dan sangat tidak sangka kerana inilah kali pertama saya memenangi hadiah dan  telah saya terima pada 9hbDis yang lalu..


Hadiah yang Kelly beri memang sesuai dengan jiwa saya iaitu koleksi pinggan cawan lama.. 


Saya menerima 2pasang cawan bunga ros hitam kekuningan, set teko dan gelas seramik, sebiji pinggan hiasan bercorak cup kek, satu set lengkap cawan bunga carnation oren dan satu set lengkap cawan bunga biru..selepas ini saya perlu mencari penempatan baru untuk semua koleksi ini..
Terima kasih Kelly yang sangat bermurah hati semoga anda kekal bahagia sepanjang usia dan sentiasa dimurahkan rezeki..
Jumpa lagi...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS