Salam sejahtera..dan selamat tahun baru 2011.
Selama hampir sebulan setengah cucu saya bercuti dikampung, Dina akan bersama abah dan mamanya di Kuantan semula...Dina yang dah manja dengan nenek dan atoknya..mesti sedih dan sunyi kembali mewarnai kehidupan kami..
Anak saya Sara pun dah kembali belajar di uitm sem 5, anak-anak saudara juga kembali keasrama sebab persekolahan dah bermula..yang ada hanya anak2 saudara yang masih sekolah rendah.
Walaupun saya suka Dina duduk dengan kami tapi saya pasti bersama abah dan mamanya adalah lebih baik kerana kita bukan memjaga saja tapi mendidik itu yang lebih utama..biarlah mereka menunaikan tanggungjawab mendidik anaknya.
Sejak dikampung kemana pergi saya akan bawa Dina..sahinggalah lawatan ke Terengganu Kelantan dan ikut hantar anak ke Perlis..
Sebelum balik Kuantan sempat juga Dina melawat Zoo Negara..lama dah tak datang sini..ingat esok sekolah pelawat tak ramai tapi ramai juga..
Seronok Dina tenguk binatang2 yang biasanya dia tenguk kat buku jee..walaupun pada saya keadaan zoo dulu2 lagi elok tapi boleh laaa..tuk budak-budak.
Saya akan terus mengisi waktu dan menyibukkan diri semula..semoga tahun ini akan lebih bererti dan lebih membawa kebaikan untuk kita semua..
terima kasih dan jumpa lagi..
1 comments:
Salam Aton..
Mesti Dina rindu dengan neneknya nnti.
Masa muda kita sibuk sangat..dah tua2 ni kena menyibukkan diri..kalau tak kesunyianlah hidup kita..
Post a Comment