Pelaburan Emas

Salam sejahtera..

Sekarang ni sana sini orang bercerita mengenai pelaburan emas, di media cetak dan elektronik memberi banyak maklumat dan panduan kepada pembeli emas untuk dijadikan pelaburan. 
Saya suka juga melayari blog pelaburan emas sekadar untuk menambah ilmu..salah satunya jangan tunggu ada duit banyak baru nak beli emas..hehe bila la tuu ashik2 PML.
Teringat arwah bapa dulu, hasil pendapatan yang sedikit dibelikan emas dan bila dah cukup akan dijual untuk membeli tanah kebun...hmm memang orang dulu-dulu lebih berwawasan..



Tetiba saya teringat arwah bapa ada memberikan saya syiling berwarna emas kira-kira 40tahun dulu.  Syiling satu ratus ringgit ini ada gambar dan tulisan Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman..
Syiling ini kemudian diikat dengan emas untuk dijadikan buah rantai.




Saya tertanya-tanya adakah syiling ini bersalut emas atau keseluruhannya emas..lantas kekedai emas la saya bawa dan alangkah terperanjatnya bila  syilingnya saja  bernilai dua ribu lebih dan ia adalah emas..
Betulkah nilai syiling ini dulu satu ratus ringgit Malaysia.. Nampaknya pandangan arwah bapa tentang  nilai emas memang tepat.

Saya pun masih belajar mengenai pelaburan emas..dan dengan kemudahan dari bank-bank yang menyediakan kemudahan Ar Rahnu pastinya akan memberi peluang kepada kita untuk menambah pelaburan..
Jumpa lagi..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Nannie said...

Salam k aton,

Syiling tu mmg sangat rare atau susah dah nak jumpa sekarang ni akak simpan la jgn jual tapi kalau nk jual meh jual kt saya hehehe lawak je hehe

kakrose said...

salam ton.
jangan jual ton sayang,mentelaah pulak pemberian arwah ayah.
akak dah lama jadikan emas sebagai pelaboran dlm bentuk brg kemas.Kalau nak pakai tunai..bila2 boleh dpt tanpa usik sikit pun simpanan ASB.

Kak Aton said...

salam nannie..
memang rare sangat dan rasanya memang susah nak dapat syiling ni lagi..
Insyallah akak simpan je..kita kan suke simpan bende lama2 nii

Kak Aton said...

salam kakyon
Pasti saya tak jual sebab sangat nostalgia.. lagi pula syiling emas ni tak dikeluarkan lagi.
Saya sedang belajar pelaburan emas..nanti sy minta ilmu dari akk ye..

Admin said...

Salam.. bloghopping tadi, terjumpa blog ni.

Nanti sila jemput ke blog saya, ada saya updet cerita semasa yang mempengaruhi harga emas. Insha-Allah, bole menambahkan lagi ilmu emas Kak Aton :)

http://emasterpilih.blogspot.com

CikguEmas.Com said...

Rare syiling lagi2 ada sentimental value mcm tu baik disimpan selamanya. Q1: Kenapa harga emas naik tinggi? A1: Tak lain, sebab utama duit kita dirompak inflasi. Emas kalis inflasi, zaman rasulullah harga seekor kambing ialah 1 dinar.

Q2:Bp harga 1 dinar sekarang?
A2: ~RM750.

Q3:Bp harga 1 ekor kambing sekarang?
A3: ~RM750...(sama mcm 1 dinar kan)

Jom lawati web http://www.cikguemas.com/ untuk berkongsi ilmu :)