perjalanan 1




Salam Sejahtera..
Pagi ni saya akan ke Klang Central menjemput anak saya SARA yang akan memulakan cuti sem' UITM Arau hari ini.. Biasanya bas  akan sampai  pada pukul 5.30pagi..jadi saya akan bertolak dari rumah lebih kurang pukul 4.00pagi..Selalunya suami ku yang akan menjemput tapi kali ini huuhu kena pula giliran saya..
Kesian Sara, kali ini  mama tak dapat jemput Sara kat Perlis kerana kesibukan jadual, terpaksalah Sara balik naik bas dan segala barang-barangnya ditumpangkan dirumah kawannya di Perl;is..Sara akan cuti 'sem selama sebulan sebelum kembali menyambung pengajian sem akhir pada bulan jun nanti..Insyallah Jun nanti mama hantar Sara balik perlis yee..
Sara  kena balik pagi ini sebab nak minta dia temankan neneknya kat rumah..suami saya berkursus di Melaka dari hari Jumaat sahingga kehari Ahad..Lepas  ambil Sara nanti saya bersama  adik akan ke rumah abang di Sri Gombak dan kemudian meneruskan perjalanan ke Johor Bahru kerana meraikan walimahtul urus dirumah pakcik yang berlangsung pada hari Ahad 1hbmei ...waaaa jauhnya perjalanan ku..semuanya cantik dalam rancangan, saya berdoa perjalanan kami di lindungi Allah dan mendapat keberkatan memanjangkan siloturrahim..
Siapakan rakan-rakan blog ku warga Johor Bahru yang menantiku..ramai rasa yang mengenali tapi tuntutan masa amat sukar untuk bersua..walaupun sudah beberapakali saya berkunjung ke Johor Bahru tapi masih gagal untuk menemui rakan blog..Semuanya dalam perancangan Allah..Semoga rezeki memihak kepada kami nanti..Insyaallah..
Ok..jumpa lagi..

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

azlina said...

semuga di permudahkan perjalanan...selamat pergi dan balik..