Embah Buyut

Salam Sejahtera..semoga sihat dan ceria selalu..



Alhamdulillah Saya  masih ada nenek yang kami panggil embah Hajjah Khamsiah Hj Noorsalim berusia lewat 90'an..Embah anak kedua dari 4orang adik beradik dan kesemuanya masih ada cuma embah dan abangnya agak uzur, walaupun begitu embah masih boleh mengenali kami waris2nya, pendengaran masih jelas cuma pandangan mata sudah kabur..Sekarang pergerakan embah agak terbatas, hanya merangkak untuk bergerak dan embah masih mampu menunaikan solat secara duduk.
Embah ada 6 orang anak,  emak saya anak kedua dan anak saya cicit pertama yang berkahwin..Saya pun tak tahu apa panggilan untuk cucu saya yang pastinya kami sangat gembira embah dikurniakan umur panjang dan mendapat kesihatan yang baik..
Ramai orang bertanya apa pemakanan embah tatkala penghujung usia dia tidak terlantar..entah laa, embah makan seadanya susu2 pun dia x minum. Masa mudanya pun dia bukan orang senang, berniaga kuih, sayur2an, berkebun dan bersawah.
Semoga embah diberkati Allah sepanjang usia..Amin

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Syimama said...

salam.. tahniah cik aton kerana masih punya embah buyut, semoga embah sihat sejahtera... terkenang dulu masa kecik, sy suka pegang lengan embah buyut sy yang tinggal kulit dan tulang je, dia sy "yanik2"..tp sy taktau apa maksudnya, kelakarkan.. sekarang yang tinggal emak sy yang anak sy panggil "embah", satu2nya perkataan jawa yang anak sy gunakan.

Syimama said...

dia panggil sy 'yanik'.

kakrose said...

salam ton..
bertuah ton masih ada embah buyut lagi. boleh tanya sejarah dan asal usul keluarga.

ezany said...

wahh kak aton..betuah akak masih ada embah lg ketika umur akak pun dah masuk 50an...biasanye klu dah umur2 50an dah x da lg nenek...hehe...
panjang betul umur embah kak aton..semoga embah kak aton sntiasa dlm keadaan sihat dan pnjang umur...

Kak Aton said...

Salam Syimama kak yon n ezany..
Memang rasa sangat bersyukur kerana embah masih ada tatkala saya kehilangan beberapa orang ahli keluarga, terima kasih.. doakan utk embah, smg embah panjang usia dlm sihat dan mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat..

Misz-ella said...

Salam kak aton .. ada darah campur jawa ye?? Arwah embah ella (sblh ayah tiri) pun meninggal pada usia yg lanjut.

ella rasa .. rahsia diaorg ialah diaorg suka makan sayur bening. hihi ..