Bendang

Salam sejahtera..
Saya tinggal di Tanjung Karang dimana disini la letaknya sebahagian kawasan sawah padi Barat Laut Selangor..dikatakan kawasan yang paling produktif sekali di Asia Tenggara.
DiTanjung Karang kawasan sawahnya disebut Sawah Sempadan dan bendang ialah nama lain bermaksud sawah.. majoriti pesawah disini adalah orang Melayu. Ada yang mengusahakan secara sambilan yakni ada kerjaya lain dan sepenoh masa sebaga petani/pesawah. Ramai belia juga sudah menceburkan diri dalam pekerjaan ini kerana banyak peluang pekerjaan ada disini..
Kalau pun belia ini tidak mempunyai sawah, mereka mengambil upah kerja-kerja sawah seperti meracun membaja membajak dan lain lain lagi yang pastinya mendapatkan pendapatan..
Antara yang dapat saya kumpulkan gambar-gambar suasana dibendang..

Ramai yang suka memancing di kawasan sawah..bila saya tanya ada juga yang datang dari bandar sekitar Lembah Klang..sambil memancing mereka membawa anak isteri berkelah ditepian bendang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 comments:

Mrs Hakim said...

Cantiknye kampung ku....

DiahRothman said...

AsSalam Aton, kakDee juga tinggal berhampiran sawah padi..... dalam daerah kota setar ni, sawah masih kelihatan, tapi tak berani hampir ketepi bendang, takut lintah dan pacat. Tapi memang suasana amat tenang dan nyaman. Kita bersyukur kan, masih ada ketenangan di bumi Malaysia ni... Amin.. InsyaAllah.

Nieza said...

rindula kat kg halaman tgk bendang ni kak....cantik permandangan..:)

kak aton said...

As salam
>Mrs Hakim..bila jauh dimata terasa cantik dan indahnya kampung kita..

kak aton said...

Salam k'dee..
Oo kita orang tepi bendang ye k'dee..saya pun tak nak masuk sawah hihi tp disini x de lintah n pacat..
suasana bendang memang tenang dan saya suka bau sawah selepas menuai..

kak aton said...

Salam nieza..
dimana pun berada tentu kampung tetap dlm ingatan kan..

maira said...

cantiknya pemandangan... saujana mata memandang, kak aton membawa saya mengimbau nostalgia di negeri jelapang padi... rasa nak balik kampung... :)