Set rose pink n yellow

a



Salam sejahtera dan berjumpa lagi kepada rakan2 maya. Diucapkan juga selamat menyambut tahun baru 2010 semoga tahun baru akan membuka lembaran baru yang penuh dengan keazaman untuk kesejahteraan keluarga kita. Amin.

Hari ini saya diberi kesempatan waktu dan talian internet yang elok untuk membolehkan saya membuat catatan baru dan juga penutup untuk tahun 2009.
Tahun 2009 memberi banyak sejarah suka dan duka kepada keluarga saya..Dan ditahun ini juga saya tahu berkongsi hobi dan menambah kawan melalui hobi ini.. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan2 maya yang sudi mengenali dan mel
ayan kerenah saya. Sesungguhnya hati saya sangat terhibur.



Untuk N3 penutup tahun ini saya ingin berkongsi dengan set ros pink n yellow..Set ni memang saya suka sangat dan saya tidak sangka dengan permulaan hanya sebiji teko dan cawan akhirnya bertemu dengan set cawan yang cantik..Jutaan terima kasih kepada tauke barang antik.. Ajmah yang banyak memeriahkan set yang tidak lengkap
Sebenarnya sejak tahu ada jualan internet saya kurang merayau dikedai apek, mungkin kerana kesuntukan masa saya lebih suka mencari di rumah kampung atau pun membeli diinternet je.
Set ros pink n yellow..cantiknya, itu saja yang saya dapat ucapkan..gembira ya amat bila saya berjaya memiliki. Rasa sangat puas dan mesti la saya senyum manjang di penghujung tahun dan semoga anda semua pun terus beroleh rezeki yang melimpah ruah dalam melayan kegilaan hobi kita.
Jumpa lagi dan terima kasih masih sudi singgah di singgah aton.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

ezany said...

wahh kak..cantiknye set ni..saya mencari cawan2nye x jumpa2..saya hanya ada sebiji teko berbentuk bulat gemuk dan sebiji teko cam akak tu tp ada lingkaran kat kaki die..syabas kak dpt set ni..

shas said...

cantiknya cawan ni.mcm ezany,sy pun sedang mencari cawannya.bila tgk set ni,teringat arwah mak saya.dulu set mcm ni ada di rumah sy.entah kemana pergi..

kak aton said...

salam ezany.
akk tgg lama jg nak dapt cawan cantik ini.simpan dulu teko tu dik.. Insyallah nanti2 jumpa la

kak aton said...

salam shas.
Dulu2 kita tak menghargai set yg begini ye.. tapi sekurang2nya skrg kita menghargai.kalau lah kita tahu sejak awal...

nor64 said...

slm kak aton...slmt menempuh 2010..moga kita lebih baik dari ahun 2009...