Anak-anak saudara


Sempena cuti krismas yang akan menjelang ramai keluarga yang mengambil kesempatan untuk balik kampung. Saya pun sentiasa menunggu kepulangan anak-anak buah pada waktu begini. Walaupun yang balik pada waktu ni tak semua tapi bila dah berkumpul mesti nak buat macam-macam kan..

Budak-budak la paling seronok buat aktiviti petang. Anak saya sara membawa sepupunya wahidi, aizat, irfan, nadiah, aishah dan auni berjalan-jalan kat sawah sambil melihat matahari terbenam.


Bila balik kat rumah perut pun dah lapar..Menu malam ni memang kegemaran budak-budak ni iaitu udang masak sweet n sour, kerang rebus d
an asam pedas ikan.



Bila tengok udang besar ni memang naik selera mereka..makan sekor pun dah kenyang.
Kunjungan di musim cuti kali ini dapatlah anak saya sara berjumpa dengan sepupunya walau pun tak lama..InsyAllah sepupu yang lain dapat berkumpul sebelum cuti berakhir.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

arechie&hakim said...

uuuuuuuuu...bestnye...sedihnye tak dpt joint same..huhuhuhuhu. kalau aci n dina ade kan lagi meriah...

auni said...

sian kak aci....
ehhehe..
jgn jeles....