Kenangan di Langkawi

d

Salam sejahtera rakan maya, semoga hujung minggu ini hari yang ceria dan gembira.. Jari saya pun dah boleh ketuk keyboard..Alhamdulillah
Melihat kembali gambar2 kenangan..saya
ingin berkongsi cerita kunjungan saya ke langkawi pada akhir tahun lepas..Inilah percutian terakhir bersama arwah anak lelaki saya. Pastinya banyak kenangan yang tidak dapat saya lupakan sehingga kini.
Diantara tempat2 yang kami lawati ialah Gunung Mat Cincang.. dengan menaiki Langkawi Cable Car untuk sampai keatas memang gerun tapi itulah yan
g seronok.Pemandangan di atas sangat cantik, indahnya kebesaran Allah.



Di kawasan bawah ada mini zoo, tapi yang menarik perhatian saya ialah pertunjukan ular sawa. Ini kali pertama saya tenguk ular sawa depan mata dan kami diberi peluang untuk bergaya dengan ular jika mahu. Masa tu arwah anak saya yang nak sangat pegang ular tapi takut, saya pun temankan tapi saya pun takut jug
a..hee geli.




Ular tu rasa sejuk, berat dan bergerak2 kat leher, kalau tenguk gambar tu memang saya takut lebih lagi bila kepala ular macam nak cium saya je.
Inilah antara kenangan indah dan sayu.
Jumpa lagi dan terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

azlina said...

salam kak aton...ina turut bersimpati dgn kak aton...bila aruah pergi kak...semuga rohnya di tempatkan di kalangan org2 yg beriman...al fatihah utk aruah...

nor64 said...

slm k.aton...dah ok ye tangan tu...nak tanya anak k.aton bila perginya..sayu pulak sya baca..

~Yatt~ said...

salam kak aton..
takziah daripada saya..mesti terasa kehilangan kan akak..banyak2 bersabar..arwah lebih disayangiNya..sakit apa ye akak?..kalau akak tak keberatan nak kongsi..

btw..eeeeee..geli geleman tgk ular tu..dulu ke A'famosa resort bergambar ngan ular..nak pegang menjerit2 saya..last bergambar sebelah jer..tak jadi nak lilit kat kepala..eeee.serammm..

Kak Aton said...

salam untuk azlina, nor dan yatt.
Akak ada buat n3 mengenai anak akak pada satu ramadhan yg lalu bertajuk ramadhan yang syahdu. sampai saat ini amat sukar untuk menghentikan airmata ini bila teringat arwah. Walaupun redha itu berulang kali diucap tapi saya hanyalah hamba yg lemah utk menghadapi takdir ini..terimakasih kerana berkongsi kesedihan ini