Salam sejahtera
Alhamdulillah perjalanan kami ke Johor Bahru tempoh hari lancar dan selamat pergi dan balik, walaupun dibeberapa tempat berlaku kemalangan dan kesesakan jalanraya.
Kami tiba agak lewat kerana mencari tempat dimana majlis tidak diadakan dirumahnya tapi di perumahan kastam Taman Bakti.. bila dah penat acara malam kami hanya berehat dan tidor je..
Ahad 1hbmei sebelah pagi kami jalan2 cari makanan Johor..pusing-pusing jumpa tempat makan yang sangat santai.. dapatlah kami menikmati laksa Johor dan sop tulang yang sangat sedaaaap..
Pakcik saya Mohd Mimbar ialah adik bungsu arwah bapa saya. Bekerja dan menetap di Johor Bahru dan sekurang-kurangnya setahun sekali kami akan menziarahi beliau..
Majlis perkahwinan ini ialah untuk meraikan perkahwinan anak lelakinya Khairul Ezwan dan pasangannya siti Noremy.
Alhamdulillah majlisnya meriah dengan kehadiran rakan-rakan dan saudaramara dari jauh dan dekat.. Dimajlis inilah juga kami dapat berjumpa dan beramah mesra dengan saudaramara yang lama tidak bertemu..
Semoga perkahwinan akan berkekalan bahagia keakhir usia dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah..Amin.
0 comments:
Post a Comment