Baik pulih dapur

Salam sejahtera
Sudah agak lama juga hasrat hati nak baikpulih siling dan dinding rumah dapur..baru la hari ini dapat dilakukan bila keewangan sudah mencukupi dan dapat pula tukang rumah seperti yang dihajati..
Kerja-kerja seperti dalam gambar ni baru dilakukan pada hari pertama.




Pada mulanya kami hanya nak tukar siling dan beberapa keping dinding yang sudah rosak kerana faktur usia dapur ni..Tetapi bila saja sekeping dua siling lama sudah dibuka barulah nampak yang anai-anai sudah naik ke bahagian atas siling.. 
Rumah dapur ini dulu dibuat oleh arwah bapa mertua hampir 40 tahun dulu..dibuat dengan lapisan kayu keseluruhan  sebelum dipasang siling papan lapis..bila kita berada didapur memang terasa sejuk dan kalau hujan pun tak berapa dengar..
Buat masa ni memang tunggang langgang keadaan dapur..kesemua koleksi pinggan dan cawan lama dan baru  saya bungkus dan masukkan dalam kotak..memang penat tapi adalah lebih selamat dari dibiarkan dalan almari..
Harapla semua kerja dapat disiapkan dalam tempuh sepuluh hari dari sekarang..
Jumpa lagi..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

kim said...

selamatkan pinggan mangkuk dulu..hehe

Mak Wardah said...

Salam Kenal,
kak Ton saya ketawa baca Kak Ton selamatkan pinggan mangkuk dulu tapi kalau sayapun akan buat benda yang sama

Kak Aton said...

Untung Jungrara tiada kat rumah..klu tak..ayat biasa.."penat la mama"..hihi

Kak Aton said...

Salam kenal juga Mak Wardah..hihi org pempuan memang dekat dengan pinggan mangkuk..

kakrose said...

Salam ton..
ingatkan nak pergi beraya kerumah aton.nmpknya tak jadilah..:)
rumah dulu2 memang diorang buat penuh teliti.semua aspek di ambil kira.contoh rumah aton tu kira kalis bunyilah..walaupun rumah kayu.