En3 ni sepatutnya ditulis semalam, tapi blogspot buat hal pulak.....nasib baik hari ni ok kan...
Hari khamis lepas, saya dan emak menghadiri majlis konvo adik, Dewi Dirwana di UiTM Shah Alam. Setelah menamatkan Diploma Perakaunan, Dir menyambung ke ijazah dan sekarang mendapat sarjana pula. Tentunya saya sangat bangga dengan pencapaiannya, kerana saya melihat susah payahnya bila sudah berkahwin, bekerja dan beranak pinak masih bersemangat untuk menyambung pengajian.Alhamdulillah dengan sokongan keluarga, suami, dan anak-anak, Dir berjaya akhirnya.
Majlis diadakan pertama kalinya di Dewan Agong Tuanku Canselor yang dirasmikan oleh DYMM Sultan Mizan selaku canselor UiTM. Dewan sangat cantik dan menepati keperluan majlis. Tetamu terutamanya ibu bapa boleh duduk di aras 2 dan 3 dan beberapa skrin besar memudahkan hadirin melihat dengam lebih jelas.
Mengenang kembali pada waktu dulu bila Dir sudah bekerja, mepunyai dua orang anak yang masih kecil, memulakan pengajian master pada 2004 memaksa dirinya bangun tengah malam untuk belajar dan pada hujung minggu pula berulang-alik ke UiTM Shah Alam. Agak baiknya waktu itu Dir masih duduk dengan mak di kampung dan suami pula mengajar di MRSM Kuala Kubu, hanya akan balik pada hujung minggu sahaja.
Dir menangguhkan pengajiannya selama 11/2 tahun kerana mengikuti kursus PTD dan selepas itu melahirkan anak ketiganya. Dir menyelesaikan pengajiannya pada tahun lepas (2010). Sekarang Dir menanti kelahiran anak ke-4, bekerja di SUK Selangor, Shah Alam dan menetap di Shah Alam.
Saya berdoa semoga Dir masih terus bersemangat untuk belajar lagi, agar menjadi pemangkin semangat untuk anak-anaknya yang masih belajar. Semoga anak-anak kita tidak jemu berusaha mencari ilmu dan cemerlang hidup dunia dan akhirat.
3 comments:
Salam kak Aton..Tahniah tuk adik akak...punyai semangat waja & cekal.ssh nk cari seorg isteri,ibu yg sabggup berssh payah menuntut ilmu....
salam azatie.
trm kasih bg pehak adik..sangat bangga melihat ramai ibu2 yang mendapat master dan phd d'majlis konvo hari tu..pastinya dilakukan penuh bersungguh dan banyak pengorbanan yg dilalui..
TAHNIAH BUAT ADIK KAK ATON...SEMANGAT BELAJAR WALAUPUN ADA ANAK KECIL
Post a Comment