Hari ulangtahun

Salam sejahtera..

Cuti umum sempena Wesak, ramai anak-anak balik kampung berkumpul dengan keluarga.. Alhamdulillah anak sulung saya pun balik juga dan saya mengambil kesempatan buat majlis makan keluarga, meraikan ulangtahun cucu perempuan ke dua tahun, ulangtahun perkahwinan saya ke30, sambutan hari ibu , bapa dan hari guru. walaupun tak semua keluarga saya dapat pulang tapi kehadiran beberapa ahli keluarga  dan anak-anak memeriahkan majlis kecil ini.


Cucu saya Khairin Meadyna sudah menginjak usia kedua tahun, sudah pandai bercakap, semakin nakal dan bijak, Saya berdoa semoga Dina menjadi anak yang solehah, dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat..
Dina sangat gembira dan ceria dimajlis harijadinya, lebih-lebih lagi bila sudah memakai gaun baru yang saya beli dari sahabatku Nannie dan mendapat hadiah-hadiah yang menjadi kesukaanya.



 Saya juga mendapat kek ulangtahun perkahwinan dari adik saya Dewi Rahayu..
Adik ipar pula menghadiahkan pekej percutian dua hari satu malam di Bukit Merah  Lake Town Resort..yang ni tak pasti dapat pergi atau tidak memandangkan  cik abang saya tu sibuk memanjang..
Terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir meluangkan waktu kemajlis kecil pada hari ini..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 comments:

azlina said...

asmlkm kak aton...

wah meriahnya...kak aton dan bag nan potong kek malu2 mcm pengantin baru je...
semuga berbahagian semuanya..

Sya said...

salam kak aton...

bestnya dapat kumpul semua...seronok kan...:)

Mas said...

Salam kak aton, nasib baik rumah saya jauh, klu tak boleh join the party...hehe. A'way happy 30th annivesary.

Kak Aton said...

salam ina..
alahai ina,layan kerenah anak2 dan adik2..trm kasih ye ina sentiasa doakan kami..

Kak Aton said...

salam sya..
sesekali berkumpul bila ade cuti, waktu lain semuanya kerja dan sekolah..masa ni la riuh rumah ni..

Kak Aton said...

salam mas..
jemput la datang rumah akk kalau mas sudi..trm kasih mas

kakrose said...

selamat ulang tahun aton. makan besar ye..seronok kumpul ramai2 ekk..