Assalamualaikum..
Selamat bertemu di Ramadhan 1433, semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dan diterima segala amalan olehNya.
Tentulan keseronokan berganda jika ahli keluarga dapat berkumpul menyambut Ramadhan yang mulia..Alhamdulillah anak sulung yang tinggal kat Kuantan dapat pulang bersama keluarganya..
Lama juga saya tak jumpa mereka kerana kesibukan masing-masing..dan cucu kedua Kyra Marissa pun dah boleh senyum bila diagah, sementara cucu pertama Khairin Meadyna lagi la lasaknya..
Walaupun hanya dua hari mereka dapat meluangkan waktu bersama kami dibulan puasa ini..saya sangat bersyukur dan gembira..Hujung minggu lain mungkin adik-adik pula yang akan balik kampung.
Jumpa lagi..