Keluwih
10:34 AM |
Labels:
pokok buah
Salam sejahtera dan bertemu lagi..
Pernah tak dengar pokok keluwih. Saya tak tahu nama lain pokok ini..mungkin ada nama berbeza ditempat lain.
Dulu pokok ini mudah didapati ditempat saya, tapi peredaran masa pokok ini semakin pupus. Pokoknya besar, tinggi berdaun lebar dan berbuah lebat. Ia sakan-akan pokok sukun, cuma buah sukun biasanya akan dibuat kueh tetapi buah keluwih untuk masakan.
Buah keluwih ini sedap dimasak lemak cili api dan prosesnya samalah seperti masak lemak nangka muda.
Buah keluwih yag terlebih tua pula, ambil bijinya direbus..memang sedap dimakan.
Kerana biasa makan masakan ini sejak kecil, saya sangat menyukainya tetapi budak-budak sekarang akan cakap.."sayur ape tu ma..boleh makan ke"
Jumpa lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
sedap ke ma....???hehehe
munna ingatkan sukun tadi... takpernah pulak lagi tgk pokok atau buah keluwih ni
sara..tu la bila mama masak cuit pun tak..macam mana nak tahu sedapnya makanan..
munna..
memang ramai tak tahu pukok kluwih nii..lebih senang nak beza, buah keluwih ni ada biji tapi sukun tak de..
Post a Comment