Jumpa rakan blog

Salam sejahtera.
Tengah hari tadi..saya menghantar adik saya Dewi ke LHDN(Klang) lepas tu saya ke Shah Alam untuk bertemu dengan WANI..
Beberapa kali buat temu janji dengan wani barulah kali ini dapat direalisasikan..Kecil molek dan amat manis orangnya, hanya sempat berbual ditempat letak kereta dalam cuaca petang yang panas..maklum waktu kerja


Tujuan saya jumpa dengan wani kerana nak menyerahkan beberapa biji labusayung lama untuk di FA kan.
Tak berani saya nak pos kepada pelukis FA(takut pecah)..lebih selamat hantar sendiri lagi pun wani duduk di Klang, agak dekat la dengan tempat saya..

Sangat lucunya bila saya nak jumpa wani ditempat kerjanya..saya tidak ikut peraturan.  Saya tidak berhenti di pos pengawal untuk mengambil pas pelawat dan kemudian pandai2 je saya parking di tempat VIP..Haha nasib baik saya tak kena saman dengan abang2 polis kat situ..
Tunggu N3 FA labusayung bila dah siap nanti..
Jumpa lagi

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Rose kakrose said...

dua-dua pun manis orangnya..

azlina said...

yea kedua2nya manis....kak aton cayalah siap parking kt tmpt vip lagi he,...he..

FELT ILHAM INTAN SUPPLY N CREATIONS said...

yes 2 2 manis oghenyer