Almari Lama

Salam sejahtera..
Dirumah saya ni ada beberapa buah almari lama kepunyaan ibu mertua..almari ni banyak yang uzur kerana dah dimakan ulat kayu, pecah cerminnya atau patah para kayunya. Almari2 ini  diletak di stor dan mesti segala benda lama disumbatkan kat situ.
Melihat ramai bloggers mencari  almari2 lama ini saya pun terpanggil untuk membaikpulih almari yang sedia ada..tapi bukan saya yang buat kerja2 tu hehe, saya angkut la ke tempat tukang kayu yang berdekatan..
Hari ini saya nak berkongsi salah satu almari lama yang sudah dimake over..


Sebelah kiri tu almari lama yang sudah buruk tetapi saya guna juga tuk menyimpan barang2 dan sebelah kanan sesudah di baikpulih..

Bila dah cantik saya jemputlah segala kaum kerabat kangkung untuk bersemayam kat sini..cuma cara letak macam kaku je..biar lah dulu..
Kat rumah2 kampung banyak almari2 lama ni terbiar, dan sekarang dah mula abang2 banggali bertanya kat makcik2.."ada  lemari lama ka makcik"..wah dia orang dah nampak itu...
Jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

shima said...

kak aton,
cantiknya lemari tu, memang sesuai

Nannie said...

salam k aton, waaaa sudah cantik lemari tu nanti almari lain pun bila dah siap akak buat n3 juga ya sya nak tgk. hehehe bila la nak terjah rumah kak aton lagi ni hehe

Mrs Hakim said...

wah...almari lama dh berubah wajah la mak..mmm tahu dah pasni makin bayk la kaum kerabat pinggan mangkuk lama yg akan berpenghuni dlm almari2 tu nanti...

munna said...

daripada terbuang ... baikpulih ada gak hasilnya,,,,

ezany said...

wah kak aton...mmg cntik lah lepas baikpulih...mmg ketara perbezaannye....suke sy tgk