Pertemuan

Salam sejahtera dan ketemu lagi di hari Jumaat yang mulia.
Hasrat nak berjumpa dengan Ina dari blog- Azlina terimalah aku seadanya asik je tertunda tapi bila saya tahu ina ada di rumah emaknya di K'Selangor, saya mesti luangkan masa untuk berjumpa dengannya..Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya dan adik bertemu dengan Ina dan keluarganya.


Pertama kali berjumpa emak ina, ina, suami dan anak-anak seolah-olah sudah kenal lama.. Ramahnya mereka ni, mulut saya pun tak reti nak diam, sempat lah saya cakap jawa dengan suaminya sebab dari suku yang sama hehe, banyak pengetahuan tentang rumah Tunas Harapan yang saya ketahui. Baru datang rumah emak pun dah cantik sangat hiasannya kalau datang rumah Ina kat Manjung, agaknya mau saya tak duduk dan mata naik juling. Ye lah Ina memang pandai menghias dan saya suka juga kerana hiasannya ada gabungan jati dan english style.
Sekarang Ina dan suaminya pun dah ambil tempahan rak kayu untuk hiasan..semoga murah rezeki Ina dan keluargamya
Ashik bercerta hanya sempat ambil gambar sekeping je..tak pe lah lain kali Insyallah kita berjumpa lagi.
Kepada Ina dan keluarga, diucapkan jutaan terimakasih kerana menerima kehadiran kami. Semoga kita akan berkekalan bersahabat selamanya. Kepada emak, semoga sentiasa sihat, kuat dan sabar mendidik anak-anak jagaan.Sesungguhnya emak memang seorang yang sabar, semoga Allah akan memberkati kehidupan emak di dunia dan akhirat..Amin.
Ok jumpa lagi..Bye.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

umi_e said...

Salam... seronok ya kak aton dapat jumpa kawan blogger ;)