Bekal buat anakanda

Salam sejahtera rakan maya di mana jua berada semoga hari ini hari yang indah untuk anda sekeluarga.
Setelah bercuti selama seminggu, malam ini anak saya Sara akan pulang ke Perlis. Rasanya tak puas cuti kali ini sebab saya sibuk, tak dapat nak hantar Sara tenguk wayang dan jalan2 di mall, tapi ini lah yang perlu dialami oleh ibu2 yang anaknya bersekolah dirantau..sedih dan sunyi tatkala anak hendak balik ke kampus.
Selama seminggu bercuti sempat la Sara bersama-sama menyediakan persiapan untuk kenduri, dapat juga berjumpa kaum keluarga dan yang penting saya dapat belajar mengenai komputer lagi. Maklum saya ni bukan pandai komputer, selalu tekan-tekan terus jem komputernya..

Buat bekalan Sara dan kawan-kawannya.. adikku menyediakan mini pizza yang menjadi gilaan kami sekeluarga..maklumla bila buat sendiri inti pizza pun over le.


Kueh tepung gomak ni nenek Sara yang buat..memang sedap maklum tangan orang lama, tak sempat nak ambil gambar semasa dibuat..tau-tau dah siap.
Mama Sara tak buat ape pun, tumpang makan je.
Bas Sara bertolak pukul 10malam dari Klang central dan insyallah sampai di Kangar pukul 5pagi..semoga perjalanannya selamat, mudah-mudahan.
Minggu-minggu seterusnya rakan maya akan setia menemani ku..
Jumpa lagi..bye


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

MRS HAKIM said...

SEDAPNYE....
KECUR DAH AIR LIUR NI... NAK PIZZA TU LAGI...TAK PUAS MAKAN..