Kiriman rakan maya

Salam sejahtera dan jumpa lagi rakan maya semua..semoga anda semua sentiasa gembira menjelang cuti sekolah yang panjang..



Pada minggu lepas saya menerima ban
yak kiriman daripada rakan blogger, samaada dari yang dibeli atau barter. Suatu yang menjadi kerisauan ialah bila menerima bungkusan, barang tidak sempurna akibat kegagalan pengurusan penghantaran. Betapa sedih yang menerima tentu begitu juga pada yang memberi.



Antara kiriman yang saya terima ialah dari nor64. Saya menerima set oc rose white & red berupa pinggan(mangkuk) nasi, piring kueh d
an sugar bowl yang memang saya nak sangat. Nor juga menitipkan teko mini dan ceramik bowl.. sangat comel.





Sedihnya piring kueh tidak dapat diselamatkan tetapi teko mini yang patah tiga pada tangkainya dapat dibaiki..bab ini saya serah kat anak saya..sara. Akhirnya teko mini ini boleh juga di pandang di pegang jangan..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada nor yang dapat melengkapkan set oc saya. Satu masa nanti saya akan buat N3 untuk set oc pula.
Terima kasih juga kepada rakan2 maya yang sudi menjual,berbarter atau memberi seikhlas hati kepada saya..saya sangat2 menghargai. Semoga akan berterusan di masa akan datang..
Setakat ini jumpa lagi. Terima kasih


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

nor64 said...

salam k.aton, sedihnya sy tgk yg pecah tu...dahla piring kueh tu x byk... lain kali kena bungkus kemas lagi.....t.kshlah akak pomen teko tu bagi elokkk..alahai ...

Kak Aton said...

salam nor..inilah yang kita kena lalui, pehak pos dah bagitahu tapi kita degil nak buat cam mana hehehe..jangan serik