Salam sejahtera..
Kali ini saya ingin memaparkan koleksi pinggan dan cawan yang saya dapat dari jiran bernama kak Jarah pada ramadhan yang lalu.
Set ini dibeli 45tahun yang lalu sebanyak 2set. Tetapi selepas masa berlalu hanya 5biji cawan beserta piring, sebiji teko, 2bekas gula, 2bekas susu, 2biji pinggan makan dan 10biji pinggan kueh yang tinggal. Semasa saya menemuinya ia sudah menjadi penghuni stor agak lama bertemankan tikus, lipas dan cicak. Pastinya koleksi ini dulu sangat rajin berkhidmat dan sudah sepatutnya pada waktu ini ia berehat didalam almari untuk tatapan dan pujian.
Set ini berbunga biru dan kelabu menjalari di sekeliling cawan dan pinggan. Pada pandangan mata saya ia lembut, menyejukkan mata dan tetap cantik untuk memeriahkan lagi koleksi yang ada.
Koleksi cawan lagi
9:51 PM |
Labels:
koleksi cawan lama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Salam kak aton,
cantik set antik ni berbeza dari yg selalu sya tgk , saya pernah tgk masa kecil dulu . Set bunga kangkung akak cantikk sgt , saya mmg suka sgt set bunga kangkung tak tau la kenapa mgkin sebab arwah mak guna dulu
Salam kak aton... cantik set ni jarang tengok yang macam ni....
salam kenal kak aton..cantik set nie..saya link blog akak yea..
Hai Nannie.. Akak pun suka sangat2 set kangkung, sampai sekarang kami masih guna tapi yang dah masuk dalam almari bertapa je la kat situ..sayang nak guna
Salam perkenalan Monaliza.
Kak pun baru jumpa set secantik ni.Cantik kan.
Salam Yatt.
Time kasih sudi singgah. Kak dah lama ikut blog yatt..Geramnya tengok koleksi tu..
wak ton...knape x ltk psal ari raye???
teringin nk bce.
heheheh
Post a Comment