Bunga Adenium

Selamat pagi..
Saya pun sangat suka bunga Adenium atau pun bunga kemboja cina..Bunganya lebat dan tahan lama..tahan dari serangan penyakit bunga dan boleh letak ditempat panas..Ia sangat populer dikalangan Orang Cina..Bunga Ong kata mereka.




.
Adenium akan berbuah yang mengandungi benih didalamnya..
Bila buah ni dah matang ia akan pecah dan menyebarkan benih halus didalamnya..Untuk mengelakan benih dari hilang ditiup angin saya akan mengikat longgar benih yang sudah matang..

Lepas tu boleh la kita semai.



Adenium mempunyai banyak warna..semuanya cantik.. 
Adenium yang matang akan membentuk perdu dan akar yang cantik..batang mudanya boleh dibentuk mengikut kemahuan kita.. Bila sudah terbentuk cantik dan pokoknya sihat... Adenium akan menjadi sangat berharga.. Saya dapati..peminat bunga Adenium tidak berkira pasal harga asal dapat bunga yang dihajati.. tapi saya sabar untuk melihat bunga membesar ditangan sendiri..
Ooooh..lamanya bunga ku nak besar..
jumpa lagi. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Kak rose said...

salam ton..
Bunga ong? Akk pernah tanam..ada seorang cina bagitau suruh tanam depan pintu belah kanan..ong ada masuk..katanya..heheh

MamaDaniel said...

Cantiknya kak.. nape lah saya tanam pokok tak pernah nye menjadi..huhuhu..

tie said...

Takde benih ke...sy nk beli

Unknown said...

徵信
徵信社