Menambah Ilmu



 

Salam sejahtera

Bermula awal January setiap hari Rabu dan Khamis anak saya Sara Yasmin mengambil kursus Bahasa Inggeris di Akademik pengajian bahasa UITM..Kelas bermula pada pukul 8-10malam..saya akan memulakan perjalanan dari Tg Karang ke Shah Alam pada pukul 5.30petang dan akan tiba dirumah menjelang pukul 12malam.
Mungkin agak jauh tapi dek selalu berurusan ke Shah Alam, rasanya perjalanan menjadi mudah dan santai..

Saya perhatikan ramai yang mengambil peluang mengikuti kursus bahasa di sini, ada yang sudah bekerja dan  yang masih belajar.. berumur dari 18tahun dan awal 40an..pastinya menuntut ilmu tiada batasnya.
Oleh kerana Sara masih bercuti sahingga Ogos, saya galakan dia  mengikuti kursus bahasa untuk memantapkan lagi kemahirannya.. Kemahiranya ini nanti pasti akan memberi banyak faedah kepadanya di kemudian hari..

Dua jam menunggu Sara apa yang saya nak buat..waaa banyak tempat sebenarnya yang saya fikir, Saya boleh brkunjung kerumah saudara mara, sahabat bloggers dan  cuci mata kat mall. Tapi saya pun suka lepak je kat kerusi  di Uitm sambail membaca.. Saya tenguk ramai juga suami dan ibubapa yang menghantar tidak balik..duduk2 sambil menjaga anak-anak.

Sambil tu saya pun mendapat kenalan baru..
Jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: