Majlis penutup 2011

Salam sejahtera..

Bertemu kembali ditahun 2012..semoga ditahun ini hidup kita mendapat lebih rahmat dari Allah, sentiasa beroleh kebahagiaan dan menerima segala dugaan dengan lapang dada..InsyaAllah.
Tiga hari sebelum tahun baru saya mengambil peluang untuk mengadakan kenduri tahlil  dan doa selamat..Arwah bapa mertua dan putera tunggalku  telah  kembali keRohmatullah 3tahun yg lalu...terasa seperti baru semalam keluarga kami menerima musibah..Alhamdulillah kami cuba untuk sentiasa redha akan setiap cubaan dan dugaan. Doa kami  semoga rohnya aman  dan dicucuri rahmat  olehNya. Sesungguhnya kita semua juga akan kembali kepadaNya jua..

Alhamdulillah anak dan anak saudara yang mengambil peperiksaan ditahun 2011 berjaya dengan cemerlang...Tahniah untuk anak saya Sara Yasmin yang mendapat 4flat untuk Diploma Sains,, Aisha Najiha 8A PMR.. Afiqah Auni 8A PMR..Shahira 8A PMR dan Filzah Husna 5A UPSR,...Semoga kejayaan kelian akan menjadi pendorong untuk adik-adik yang akan mengambil peperiksaan ditahun ini pula..


Kali ini kami membuat nasi ambeng bungkus untuk  tetamu bawa pulang..untuk hidangan tetamu kami menyediakan sate dan buah-buahan ..
Jom lihat persediaan yang kami buat ..







Jumpa lagi..
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

JungRara said...

sedapnyer nasi ambeng..