Kaki lembu

Salam sejahtera

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua rakan yang sudi singgah disini..
Pernah tak kawan-kawan makan masakan dari kaki lembu, mungkin biasa kulit lembu dan kulit lembu pun banyak yang dah siap proses terdapat dipasaran...beli dan tinggal masak je..
Proses kaki lembu ini agak rumit  tapi keluarga sebelah saya memang suka masakan dari kaki lembu..emak dan arwah bapak lah yang akan melakukan proses untuk mendapatkan isinya..tapi sekarang bila bapa dah tak ada emak pula sudah uzur, kami pun dah jarang makan masakan kaki lembu...setakat ni belum jumpa  kaki lembu siap proses jual dipasaran

Baru-baru ini saya dapat kaki lembu dari jiran yang buat kenduri kahwin..biasanya kaki lembu ni akan dibuang je sebab tiada orang yang nak..(tapi kalau dah masak dia orang nak makan)
Saya ambil kesempatan untuk belajar memproses kaki lembu ni dari emak..selalunya saya hanya hiris je..

kaki lembu

 kaki lembu dibakar atas api..bakar bulu

 kulit lembu dikikis..dibakar..dikikis buat berulang2(masa ni yang susah..sikit la)

 hilang bulu..tinggal kulit..kikis lagi(boleh berus)buang tapak kaki tuu

rebus selama 2jam (boleh tinggal..tidor dulu)

 sudah boleh dihiris

sedia untuk dimasak
Masakan yang biasa emak masak..masak sop..tumis cili api dan yang paling sedap masak sambal tahun. masak ape tu.. hihi ala masak santan pedas tapi kene bubuh lengkuas banyak2..masak stail jawa..!
Masak sambal tahun ni sedap dimakan dengan kerabu pucuk betik..sah sedap..
Dulu-dulu masa mak buat masak sambal tahun kaki lembu..mak akan buat satu periok besar lepas tu mak akan hantar jiran-jiran..sekarang tak mampu saya nak buat sebab prosesnya memang mengambil masa dan tenaga..
Ok lah setakat ni dulu..jumpa lagi dan selamat berpuasa..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

azlina said...

asmlkm kak aton...

lama tak makan sambal taun ina pun dh lupa nk buat nk kena srh wahid ajar balik ni..
tapi tak pernah le mkn kaki lembu..pertama kali tgk ni tapi nk bt mmg le tak sanggup...selalu sambal taun bt ikan bilis je.

Kak Aton said...

salam ina..
kaki lembu siap dah proses tu masih simpan kat peti ais..mgkin tgg raya baru buat.. kalau ada rzk raya nanti blh ina n wahid rasa..
mesti ina n wahid suka..

kakrose said...

salam aton..
wah! raya ni boleh gi rmh aton ada sop kaki lembu.dikatakan,amalan memakan sop kaki lembu boleh mengelakan sakit sendikaki bila dah tua nanti..hehe