DIY

SALAM SEJAHTERA teman-teman yang ku sayangi.

Mengikut perancangan, saya akan menghantar anak saya Sara untuk kemasukan sem 4 di UITM Arau.. Insyaallah selepas solat jumaat kami akan bertolak..semoga perjalanan kami selamat pergi dan balik. Amin...Cuti sem kali ini Sara komen.. bapa sibuk mama lagi sibuk..


Sebelum ini Sara meminta satu barang yang nampak mudah tapi tak pula saya jumpa bila nak beli.
Akhirnya saya minta bapanya menunjukkan skill kerastangannya untuk buat kan benda alah ni.
Untuk mencantikkan saya suruh sara cat lepas tu buat dicoupage.

Nampak cantik juga kan..

Apalah gunanya benda ni..Anak saya Sara sangat suka memakai aksesori..gelang tangan semasa kuliah atau berjalan-jalan. Gaya remaja masa kini.. Gelang-gelang ni murah je berwarna warni dan berbagai bentuk.
Inilah gunanya nak simpan aksesori biar senang nak cari bila masa nak guna...anak-anak.

Ok lah saya akan bertolak balik pada hari sabtu petang, tak boleh lama juga nak berjalan sebab bapa sara pula ada hal. Jumpa lagi bye


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: